Read more: http://small-pc-maintenance.blogspot.com/2011/08/cara-bagi-ucapan-kepada-pengunjung-bila_08.html#ixzz1cmhEV9Yk bLaCk_eYe_92: Skema Jawpan Pemerdagangan Orang

Ahad, 20 November 2011

A Kesan

Mencemarkan imej negara di mata dunia




·           Kedudukan Malaysia dalam  senarai 16 negara berprestasi buruk  dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
·           Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir  dan menguatkuasakan undang-undang.
·           Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

Mengancam keselamatan dan keamanan negara
·           Jenayah yang semakin berleluasa  mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
·           Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
·           Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
·           Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

Peningkatan masalah sosial

·           Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
·           seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
·           Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat
B  Langkah-langkah
Penguatkuasaan undang-undang



·           Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
·           Akta Antipermerdagangan Orang 2007
Memperketat kemasukan  pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih  teliti
·           Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku
·           Kawalan menggunakan Akta  Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

Koordinasi antara kementerian
·           Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu  mengurangkan aktiviti ini.  Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan  dan Kementerian Dalam Negeri  bagi membersihkan imej Negara.

1 ulasan:

mayasufi berkata...

teda jgk nie yg kluar...

By :
Free Blog Templates