Read more: http://small-pc-maintenance.blogspot.com/2011/08/cara-bagi-ucapan-kepada-pengunjung-bila_08.html#ixzz1cmhEV9Yk bLaCk_eYe_92: TAmaDuN DUniA darI teMa KE teMA bRo>>>>>

Sabtu, 10 September 2011

Bincangkan faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Petempatan Tamadun-tamadun Awal Manusia.
Pendahuluan :
o    Perkembangan pembinaan petempatan pada tamadun-tamadun awal bermula kira-kira 5000 SM. Antara petempatan-petempatan terawal ialah bahagian utara di Zawi Chemi Shanidar dan Shanidar di Timur Laut Rawanduz, Karim Shahir, Qalat Jarmo, Hassuna dan Tell Arpachiya di Mesopotamia, Mesir Utara dan Mesir Selatan, dan kawasan Indo-Iran di Indus.
o    Pembinaan petempatan di sekitar kawasan pertanian dan lembah-lembah sungai seperti Sg. Tigris dan Sg. Eupharates di Mesopotamia, Sg. Nil di Mesir, Sg. Indus di India dan Sg. Hwang Ho di China.
Isi :
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Petempatan Tamadun Awal :
Pengaruh Sungai dan Sumber Air :
o    Kebanyakan pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal dipengaruhi oleh kedudukan sungai. Kawasan-kawasan yang berhampiran sungai menjadi pilihan pembinaan petempatan. Ini disebabkan sungai memberi sumber air minuman, makanan dan kegunaan dalam kehidupan. Contoh pembinaan petempatan di Mesopotamia berhampiran Sg. Tigris dan Sg. Upharates, di Mesir lembah Sg. Nil menjadi pilihan petempatan manusia dan juga di India Lembah Sg Indus menjadi petempatan manusia.Sumber air telah mendorong manusia untuk hidup menetap dan membuka petempatan kekal kerana aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perikanan.
o    Sungai dan laut juga memainkan peranan penting dalam perhubungan dan pengangkutan.
Keadaan Fizikal Muka Bumi:
o    Faktor fizikal muka bumi mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal manusia. Kebanyakan kawasan petempatan tamadun awal manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai.
o    Mempunyai kecerunan tanah yang rendah. Tanah rendah dan bentuk muka bumi yang rata sesuai untuk pembinaan rumah sebaliknya kawasan yang tidak rata dan bergunung-ganang tidak sesuai untuk petempatan.
Kesuburan Tanah :
o    Kesuburan tanah amat mempengaruhi pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal manusia. Kawasan yang mempunyai kesuburan tanah menjadi tarikan manusia menetap di sesebuah kawasan. Tanah yang subur dan kemudahan sumber air mewujudkan kegiatan pertanian dan penternakan. Lembah sungai seperti Tigris dan Euphrates merupakan tanah lanar yang sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Di China Lembah Hwang Ho terdiri daripada tanah loes yang subur.
Kegiatan Pertanian :
o    Kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama manusia dalam tamadun awal. Kegiatan pertanian dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti tanaman padi, gandum, barli dan lain-lain lagi. Disamping itu kegiatan penternakan dan menangkap ikan turut dijalankan. Kedudukan sungai yang berhampiran menyediakan sumber air dan sistem pengairan kepada kegiatan pertanian.
Migrasi dan Pertambahan Penduduk :
o    Berlakunya proses migrasi ke kawasan-kawasan petempatan-petempatan baru kerana kesesuaian iklim , bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. Faktor tarikan dari petempatan-petempatan ini menyebabkan pertambahan penduduk dari masa ke semasa. Perkembangan petempatan kekal membawa kepada pembentukan perkampungan dan perbandaran dalam tamadun awal.
Kewujudan Organisasi Sosial :
o    Kesan dari pertambahan penduduk telah membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan kekal. Perkembangan perkampungan dan perbandaran telah membawa kewujudan organisasi sosial masyarakat. Pembahagian struktur sosial masyarakat berlaku kerana pengkhususan kerja untuk meningkatkan produktiviti.
Kewujudan Organisasi Politik :
o    Perkembangan dalam institusi sosial seperti institusi agama dan keluarga. Kewujudan institusi masyarakat ini melahirkan institusi negara. Kemunculan golongan pemerintah dalam petempatan tamadun awal seperti raja dan golongan pendeta.
Keagamaan dan Kepercayaan Terhadap Kuasa Ghaib :
o    Masyarakat tamadun awal percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka mengambil kira kepercayaan-kepercayaan ini dalam membina petempatan. Dalam membangunkan petempatan-petempatan mereka membina rumah-rumah ibadat di kawasan yang lebih selamat. Mereka mengharapkan petempatan-petempatan mereka dirahmati oleh kuasa-kuasa ghaib.
Perkembangan Perdagangan dan Pertembungan Budaya :
o    Kesan dari perkembangan kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal.
Penguasaaan Kemahiran dan Teknologi :
o    Perkembangan kemahiran dalam menenun kain, membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan penciptaan baru membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal.
Kesimpulan :
Perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal manusia membawa pertumbuhan bandar-bandar. Kemunculan bandar Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus, Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Bandar Thebes dan Memphis di Mesir.

Jelaskan Peranan Sistem Tulisan Dalam Masyarakat Tamadun Awal Manusia.
Pengenalan :
o    Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, , tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
o    Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa.
o    Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif (Mesir) ideogram (Sumeria) piktograf (China) dan Phoenicia (Yunani)
o    Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol menjadi maksud tertentu.
o    Latar belakang tamadun awal.
Isi :
Sistem Tulisan sebagai Catatan Pensejarahan :
o    Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai ‘Roseta Inskription’ .Tulisan ini terdapat pada dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatanekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba.
Tulisan Untuk Merekod Upacara Keagamaan :
o    Penemuan rumah berhala ‘ziggurat’ di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir.
Tulisan Untuk Merekod Sistem Undang-Undang :
o    Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.
Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan :
o    Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu ‘ table text’ dan ‘problem text’ oleh masyarakat di Mesopotamia.
Tulisan Untuk Merekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian :
o    Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu ‘The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant’. Pada abad ke- 3 SM tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan.
Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran :
o    Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar ‘ Teracota’ mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.
Tulisan Untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan :
o    Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan.
Tulisan Untuk Ketenteraan :
o    Melalui teks-teks ‘Taittiriya Upanishad ‘ dan kitab-kitab rig-veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat.
Kesimpulan :
Apa sahaja yang berkaitan.


Bincangkan perkembangan institusi pendidikan  Tamadun India  zaman klasik dan Tamadun Islam.
Pendahuluan :
1.     Latar belakang Tamadun India : Terletak di Lembah Sungai Indus dan Sungai Ganges Utara India.  Dimulakan pada zazam Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya diikuti  Dinasti Gupta.  Agama Hindu dan kitab Veda mempengaruhi system pendidikannya kecuali zaman Asoka.
2.     Latar belakang Tamadun Islam diasaskan oleh Nabi Muhamad SAW diikuti dari zaman Khulafa, Bani Ummaiyah, dan Bani Abbasiyah sehingga berkembang di Alam Melayu.  Asas pendidikan Islam ialah Al-Quran dan Sunnah
3.     Institusi pendidikan merupakan institusi social berperanan mengurus dan mentadbir pendidikan secara sistematik – Tamadun Arab dan India melahirkan banyak institusi-institusi pendidikan yang berperanan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan social.
4.     Institusi pendidikan Tamadun Arab seperti rumah ulama, masjid, madrasah,perpustakaan, sekolah,istana,dan universiti.  Di India pula di Agrahara, Parishad, Matha, Pandita, Sabha, Monastri, dan universiti.
Isi :
Institusi Pendidikan Arab :
1.     Masjid – untuk beribadat, berdakwah, dan pusat pembelajaran.  Contoh Masjid Jami’al Manshur dan Masjid Jami’ah Amru b’ Ash -  subjek fekah. al-Quran, Hadis dan bahasa Arab.
2.     Madrasah – mengambil alih peranan masjid sebagai pusat pelajaran kerana berlaku pertambahan pelajar.  Contoh madrasah terawal didirikan oleh Nizam al-Muluk di Baghadad  dikenali sebagai Madrasah Nizhamiah.  Contoh imam yang mengajar ialah imam al-Ghazali, Baha al-Din, dan Salah al-Din.
3.     Rumah ulama – rumah Arqam ibn Arqam digunakan pada zaman awal perkembangan Islam.  Rumah Nabi Muhamad SAW dan rumah ulama seperti Ibnu Sina dan iman al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran.
4.     Istana – pada zaman khalifah Muawiyah digunakan untuk pembelajaran syair Islam.  Dikenali sebagai Shalunatul Adabiah.  Zaman Abbasiyah tempat tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan para ulama.
5.     Perpustakaan – didirikan pada zaman Abbasiyah.  Terdapat 20 perpustakaan di Spanyol yang terkenal antaranya perpustakaan Cordova yang memiliki 600,000 jilid buku pada abad ke-10.  Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan Tripoli yang berperanan meminjam buku ,penerbitan, penulisan,penterjemahan, dan pendidikan karya ilmiah
6.     Sekolah – berperanan menjalankan peyelidikan dan penemuan sains.  Ahli akademik meluaskan pembelajaran ilmu silam yang diwarisi tamadun Yunani.
7.     Universiti – contoh Nizamiah, Munstansiriah, al-Azhar,Rasyidiah, dan al- Zaitouna menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Spanyol universiti Cordova, Servilla, Madaga, dan Granada menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh Eropah.
Institusi pendidikan India :
1.     Rumah guru (Gurukula) – dikenali Upadhyaya atau Acharya – mengajar pelajar dari kelas atasan yang tinggal di rumah guru..  Mengikut kelas formal. Subjek veda, vedanga, enam aliran metafizik, undang-undang dan sekular serta upacara ritual agama
2.     Parishad – dianggotai Brahman. Subjek, veda, logik, kinamsa,vedanga,, dan manu.  Menjadikan asas kelahiran universiti klasik seperti universiti Taxila, Benares, dan Nadia.
3.     Matha – dikendalikan badan agama dan menerima bantuan dan geran daripada pemerintah.  Ada kemudahan asrama, perpustakaan dan dewan kuliah.  Subjek, mimamsa, nahu, dan astronomi.  Contoh matha yang terkenal yang didirikan Raja Yasaskara di Kashmir.
4.     Agragara – koloni yang didiami sarjana Brahman yang memainkan peranan sebagai pusat pengajian pasca ijazah. Sebagai tempat kajian bagi mendalami pelbagai ilmu.
5.     Panditha Sabha – tempat persidangan kebangsaan para pemerintah dan cendikiawan bertemu untuk berbincang tentang teknologi dan falsafah.  Lahirkan sarjana terkenal dalam pelbagai lapangan.
6.     Monastri – institusi pendidikan penting zaman klasik.  Sekolah berasrama penuh yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai.  Contoh Varanasi, Valabhi,Pataliputra,Odantapuri, Jagaddala, dan Kanci.
7.     Universiti – seperti Taxila, Vikramasila, dan Nalanda.  Universiti Nalanda adalah pusat pengajian Buddha Mahayana dinaungi Raja-raja Guptha.  Mempunyai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan kuliah.
Kesimpulan :
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan menunjukkan tamadun India dan tamadun Arab memberikan sumbangan besar dalam pendidikan.  Institusi ini berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan memainkan peranan dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan dalam Tamadun China.
Pengenalan :
1.     Latar belakang Tamadun China – di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho.
2.     Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan.
3.     Tetapi zaman Dinasti Chin, falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan.
Isi – isi penting :
Tahap pendidikan :
1.     Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna.
2.     Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei.
3.     Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden,menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei.
Zaman Dinasti Shang :
1.     Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram.
2.     Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar.
3.     Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.
Zaman Chou :
1.     Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandar-bandar lain.  Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil.  Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam.  Kurikulum – terdiri daripada 6 bidang seni  (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat).
2.     Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk).  Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran.
3.     Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought”
4.     100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat.
5.     Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual.
6.     Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.
Dinasti Chin :
1.     Berasaskan falsafah legalisme. 
2.     Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. 
3.     Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.
Dinasti Han :
1.     Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar.
2.     Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.
3.     Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara.
4.     Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.
Kesimpulan :
Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Huraikan  Sistem Pendidikan Dalam Tamadun Rom Pada Zaman Klasik .
Pendahuluan :
1.     Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu manusia meningkatkan tahap intelek
2.     Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.
3.     Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.
Isi :
Matlamat pendidikan :
  • matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
  • bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga kepentingan negara
Dasar pendidikan :
  • Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat kebangsaan
  • Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan latihan fizikal
Institusi pendidikan :
  • Istitusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan.  Tenaga pengajar terdiri daripada ibu dan bapa.  Penekanan kepada latihan fizikal, moral, membaca,menulis, dan menhafal kisah-kisah orang terkenal pada zaman silam.  Kanak-kanak daripada golongan patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom.  Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan daripada ibu bapa
  • Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera yang cekap.
  • Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun.  Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah, ilmu perundangan kesusasteraan dll.
Kurikulum pendidikan Rom :
Tiga tahap :
  • Tahap rendah tekankan kemahira menulis,membaca, dan  menghafal
  • Tahap menengah - menekan  kemahiran seni bercakap inteprestasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteaan
  • Tahap tinggi -  menekankan pengajian Seven Liberal Art iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik,  geometric,astronomi.  Universiti menawarkan krusus Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus  bidang professional seperti undang-undang seni bina dan perubatan.
Tenaga pengajar :
  • Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang,  petanian, dan          perniagaan
  • Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji bulanan  100,000 dinar pada zaman vespacian
Kesimpulan:
1.     Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan akibat kemunculan institusi pendidikan.
2.     Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan system pendidikan. Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan. 
Huraikan Sistem Pendidikan Islam Di Timur Tengah dan Pengaruhnya Terhadap Sistem Pendidikan Islam Di Alam Melayu.
Pendahuluan :
o    Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.
o    Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan generasi Islam yang akan datang.
o    Institusi pendidikan islam bermula di rumah dan masjid – masjid pada wala Islam, kemudiannya ditubuhkan Baitul – ‘ilm, al – Madrasah al – Baihaqqiyah di Naisabur dan Madrasan Nizammiyyah di Baghdad pada tahun 1067 Masihi sebagi institusi pengajian tinggi Islam. Sebagi kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti Al – Azhar 359H ( 980 M ).
o    Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian berbentuk Halaqah, pondok dan pesantren lahir di Alam Melayu.
Isi-isi : ( 20 M )
Konsep :
Menurut Ibnu Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah :
o    Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syair – syair agama menerusi Al – Quraan dan Al – Sunnah. Melalui kaedah sedemikian potensi iman dapat diperkukuhkan, sebagaimana halnya dengan potensi – potensi lain sekiranya telah menajdi darah daging ia boleh menjadi fitnah.
o    Memperlengkapkan akhlak manusia.
o    Memperlelengkapkan sosio – budaya manusia.
o    Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran prosfesional atau pekerjaan.
o    Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai – bagai pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.
o    Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenaian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina dan lain – lain lagi.
Antara prinsip – prinsip pendidikan Islam ialah untuk :
o    memahami penciptaan manusia dan mahkluk seluruhnya, iiatu mengenal Allah sebagai pencipta dan yang lain semuanya adalah mahkluk Allah.
o    Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.
o    Memahami martabat ilmu dalam Islam.
o    Menjurus kepada pembiaan tiga fakulti manusia, iaitu akal ( minda ) roh ( kerohanian, dan jasad ( jasmani ) dalam pengisian ilmu .
o    Memiliki dan mengembangkan ilmu berasaskan kepada tauhid.
Perkembangan pendidikan Islam Di Timur Tengah :
o    Sejarah perkembangan pendidikan Islam melalui beberapa proses mengikut perubahan masa. perkembangan adalah seperti berikut:
o    Pada zaman awal Islam, penddikan agama disampaikan di rumah – rumah perseorangan. Rasullah s.a.w menjadikan rumah al – Arqam bin Al – Arqam sebagai tempat belajar, selain itu sebagai tempat markas dakwah. Di rumah itu baginda menyampaikan dasar – dasar Islam dan pengajian Al – Quraan. Di samping rumah Al – Arqam, baginda menyampaikan pendidikan agama di rumahnya sendiri sebagai tempat kaum muslimin berhimpun mempelajari akidah dan syariah Islam. Dar Al – Arqam adalah sekolah pertama dalam Islam, mankala Rasullah s.a.w sebagai guru dan pendidik pertama.
o    Selepas baginda Rasullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi, masjid – masjid didirikan sebagai rumah ibadahdan penyebaran islam. Di Madinah, Rasullah s.a.w menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar. Struktur pengajian di masjid Nabawi ini adalah tidak formal. Kemudian surau yang diberikan nama al – Suffiah   didirikan bersambungan dengan masjid  Nabawi. Di sinilah Rasullah s.a.w mengajar umat Islam memahami agama Islam secara formal, di samping melatih beberapa orang sahabat terkemuka untuk menjadi guru mengajar pelbagai matapelajaran.
o    Antara guru yang dilantik mengajar al – Suffiah ialah Abdullah bin Rawahah, Ubadah bin Samit dan Ubaidah Al – Jarrah. Antara  matapelajaran yang diajar ialah Al – Quraan, akidah Islam, hukum Islam, seni Khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing. Pengetahuan yang diajar di sini merangkumi pendidikan rohani dan jasmani.
o    Pada zaman Khulafah Ar – Rashidin, banyak masjid – masjid didirikan untuk menjadi pusat kegiatan masyarakat, termasuk menjadi tempat ibadat dan pendidikan Islam. Pada masa ini para sahabat meneruskan tugas Rasullah s.a.w sebagai pendakwah dan guru telah berkhidmat secara sukarela sebaga guru atau pendidik. Antara mereka ialah ‘Aisyah yang mengajar di Masjid Madinah: Abdullah bin Abbas di masjid Makkah; Abdullah bin Masud di masjid Kufah: Abu Musa Al – Asy’ari di masjid Basrah dan Abu al – Darda’ di masjid Damsyik.
o    Pada zaman kerajaan bani Umaiyyah, para sahabat dan tabiin pula membuka banyak pusat pengajian Islam di masjid – masjid di seluruh negara Islam. Matapelajaran yang diajar ialah ilmu Tafsir, Hadis, Fiqh, bahasa dan kesusasteraan Arab dan lain – lain.
o    Pada zaman kerajaan Abbasiyyah, perkembangan penddiikan telah mencapai kemajuan yang paling tinggi dalam pengajian Islam. Selain masjid didirikan juga pusat – pusat pendidikan yang lain untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu – ilmu yang lain seperti matematik, kimia, fizik, astronomi, logik, falsafah, bahasa kesusasteraan Arab dan lain – lain lagi. Kursus pengajian dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu permulaan, menengah dan pengkhususan ( kepakaran ).
o    Untuk pendidikan di peringkat permulaan kuttab ( pondok ) didirikan sebagai institusi pengajiannya. Institusi ini menyediakan pendidikan kepada kanak – kanak. Kuttab ada didirikan bersambungan dengan masjid dan ada juga berasingan di seluruh negara. Antara matapelajaran yang diajar di Kuttab ialah Al – Quraan, Al – Hadis, Khat, tatabahasa Arab, dan sejarah.
o    Perkembangan pendidikan Islam melalui sistem persekolahan bermula pada akhir abad keempat Hijar setelah penduduk – penduduk Naisabur menubuhkan al – Madrasah al Baihaqiyyah. Kemudiannya diikuti oleh Nizam al – Mulk ( 485 H ) yang mendirikan institut Nizamiyyah di Naisabur dan baghdad. Kerajaan Ayyubiyyah dan mamlik kemudiannya menubuhkan sekolah – sekolah di seluruh daerah yang ditakluki oleh mereka.
o    Untuk menyokong perkembangan sistem pendidikan Islam, para ulama telah mengarang pelbagai buku mengikut pengkhususan para sarjana dan penuntut di Institusi pengajian rendah dan tinggi. Bagi memudahkan buku – buku dibaca dan ditelaah, pihak pemerintah dengan pusat – pusat pengajian berkenaan telah menubuhkan beberapa perpustakaan yang diletakkan berhampiran dengan pusat – pusat pengajian berkenaan. Antara perpustakan yang termasyhur pada zaman kegemilangan Islam ialah;
o    Baitul Hikmah : Perpustakaan terawal ini dibina oleh Harun Al – Rasyid. Allah Al – Syuibi telah dilantik menjadi penyalin buku bagi Al – rasyid dan al – Ma’mundi baitul Hikmah dan Abu Shal al – fadl bin Nawbakht pula dilantik sebagai pentyerjemah buku di bawah al – Rasyd di perpustakaan ini. Di sini terdapat pelbagai koleksi buku berbagai – bagai bidang ilmu pengetahuan.
o    Perpustakaan Haidani : Di Najaf, terletak berhampiran dengan perkuburan khalifah Ali yang masih ada sehingga sekarang.
o    Perpustakaan Abu Ali bin Sawar di Basrah. Sebuah lagi perpustakaan Abu Ali ialah di Ram Hurmuz. Seorang Ulama juga dilantik di perpustakaan ini mengajar ilmu agama.
o    Khizanat Sabur ( Dar al – ‘ilm ) pula didirikan oleh Abu Nasr Sabur bin Ardasyir ( 416 H ) pada tahun 381 H di Baghdad. Beliau adalah perdana menteri kerajaan Buwaih. Terdapat
o    seratus naskhah Al – Quraan yang ditulis oleh Banu Muqlah dan sebanyak 10.400 jilid buku yang ditulis tangan disimpan di sini.
o    Perpustakaan separuh awam terdapat di sekolah Nizamiyyah di baghdad dan di sekolah al – Mustansiriyyah pada zaman pemerintahan Abbasiyyag di Baghdad.
o    Perpustakaan separuh awam juga didirikan oleh khalifah – khalifah dan raja – raja antaranya ialah perpustakaan ‘Adud al – daulah di Syiraz dan perpustakaan Sanianid yang pernah dikunjungi oleh Ibu Sina, eorang ahli falsafah Islam terkenal. Keahlianperpustakaan jenis ini hanya dikhaskan kepada orang yang berpangkat dan terkenal sahaja.
Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut :
o    Perkembangan institusi pendidikan islam di rumah, masjid, kuttab        ( pondok )  dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama – sama dengan perkembangan agama Islam ke kawasan – kawasan berkenaan. Perkembangan sistem penddiikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu. Struktur dan kurikulum pengajian Islam dan institusi – institusinya yang adadi kawasan – kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negari – negari Arab di Timur Tengah.
o    Di Acheh, struktur pengajian Islam seperti ini telah wujud sejak zaman awal kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah wali Songo dan para ulama yang lain. Menurut kebiasaan kaum muslimin apabila kanak – kanak mereka mencapai umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al – Quraan, ibadat, tauhid dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di Acheh, apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( 1607 – 1636 M ) telah menyusun sistem pendidikan secara lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk pelajar – pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur – Rahman sebagai sebuah universiti yang setaraf dengan Universiti – universiti di Timur Tengah.
o    Di Filipina, kanak – kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al – Quraan di rumah
o    guru yang diadakan di sebelah pagi pada setiap hari. Pembelajaran sedemikian wujud sehingga sekarang.
o    Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti.
o    Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolhan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga sekarang di Singapura.
o    Di Semenanjung Tanah Melayu, struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak Islam bertapak di Tanah Melayu, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalamHikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.
Kesimpulan :
Apa – apa sahaja yang berkaitan di atas.


Sistem Kapitalisme Di Eropah
Pendahuluan :
o    Ekonomi kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi bebas. Ini bermakna setiap individu atau mana-mana syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Matlamat utama di dalam sistem ekonomi kapitalisme ialah keuntungan yang maksima.
Konsep :
o    Pengumpulan modal
o    Kebebasan ekonomi
o    Hak milik perseorangan
o    Kebebasan pasaran dan perniagaan
o    Menggalakkan penambahan kekayaan dan pelaburan
o    Kaum buruh dibayar upah
o    Melibatkan sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran.
o    Tujuan untuk mendapatkan keuntungan
Ciri-ciri :
o    Wujud aktiviti perdagangan dan perniagaan
o    Pembayaran gaji untuk pekerja oleh majikan
o    Sistem ekonomi dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal besar.
o    Untuk kepentingan sendiri
o    Ekonomi dagangan bebas
o    Mengutamakan harta persendirian
Sebab-sebab Perkembangan Sistem Kapitalisme :
Penubuhan Negara-negara Bangsa.
o    Pesat pada abad ke-16 dan ke-17
o    Raja menggalakkan perkembangan kapitalisme
o    Mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme
o    Negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan
o    Pelayaran, penerokaan dan penjelajahan ke kawasan baru digalakkan seperti Sebastian Cabot dan Francis Drake
o    Kerajaan Negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang berkesan.
o    Duti import yang tinggi dikenakan.
o    Memastikan perdagangan memihak kepada Negara bangsa bagi memenuhi objektif dasar ekonomi merkantilisme.
Gerakan Renaissance dan Reformation :
o    Gerakan Renaissance disusuli oleh gerakan reformation
o    Pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme
o    Peranan agama dalam sector ekonomi lemah ekoran perkembangan idea-idea dan aliran pemikiran humanisme, rasionalisme dan sekularisme.
o    Tumpuan masyarakat terhadap kebebasan dan kekayaan kebendaan
o    Masyarakt di bandar-bandar perdagangan giat dalam bidang pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang
o    Menggalakkan sistem ekonomi kapitalisme dan merkantilisme.
Dasar Ekonomi Merkantilisme :
o    Abad ke-16 dan ke-17 – revolusi perdangangan
o    Dasar merkantilisme – system yang menekankan kekayaan, kekuasan dan kebajikan
o    Pertambahan kekayaan dalam Negara
o    Sector pertanian dan perindustrian maju
o    Pasaran luar yang luas
o    Akta Perintis dan Akta Perkapalan diperkenalkan untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan.
Dasar kolonialisme :
o    Penguasaan koloni – kunci kekayaan
o    Dasar kolonialisme – didorong oleh dasar merkantilisme
o    Dasarr kolonialisme ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin
o    Bahan mentah dan pasaran terjamin.
Aliran agama Calvanisme :
o    Aliran ini muncul di negara-negara Protestan.
o    Dibawa oleh John Calvin
o    Fahaman Calvanisme menghalalkan amalan riba.
Revolusi Pertanian :
o    Bermulanya sistem pemagaran
o    Tanah berpagar menggantikan tanah lapang
o    Pengenalan tanaman baru
o    Ciptaan jentera baru
o    Teknik penanaman baru
Revolusi Perindustrian :
o    Abad ke-18
o    Penggunaan kaedah moden
o    Ciptaan mesin pemintal
o    1795, Edmund Cartwright mencipta mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
o    Wap digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera
o    Peleburan besi
o    Penghasilan keluli
o    Pengeksportan barangan ke luar Negara
o    Kemunculan golongan kelas pertengahan dan proletariat
Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan :
o    Pembinaan jalan raya dan terusan memudahkan pengangkutan barangan industri.
o    John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya dengan menggunakan batu dan minyak tara.
o    James Bridley membina terusan pertama – Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
Penghijrahan :
o    Perkembangan dalam sistem pengangkutan menggalakkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.
o    Penghijrahan juga terdapat di Asia, India Barat, Australia dan New Zealand.
o    Kemasukan buruh
o    Semua ini membawa kepada kepesatan system kapitalisme di England
Kemunculan Institusi Kewangan :
o    Amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah
o    Pertumbuhan industri bank – kemudahan pinjaman dan kredit membawa keuntungan
o    Lahirnya golongan kapitalis – pemilik ladang, tuan tanah dan pengusaha lombong.
o    Menggalakkan pelaburan modal dan perniagaan
Kesan Sistem Kapitalis :
o    Pertambahan eksport ke luar negeri
o    Peningkatan perdagangan antarabangsa
o    Penghijrahan ke kawasan Bandar
o    Pengenalan jenis tanaman baru
o    Penggunaan kaedah penanaman baru
o    Perubahan dalam bidang perhubungan

Jelaskan Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme Yang Diamalkan Di Barat.
Pengenalan:
o     Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t
o    Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Isi-isi :
PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.
Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :
o    ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.
o    BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.
Cara Mendapatkan Harta :
o    ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.
o     BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.
Peranan Pihak Berkuasa:
o    ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.
o     BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang.
 Sistem Percukaian :
o    ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.
o    BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).
 Prinsip permuafakatan :
o    ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.
o    BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.
Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :
o    ISLAM :  Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t
o    KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.
Prinsip Berkerja dan Ganjaran :
o    ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
o    BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.
Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :
o    ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.
o    BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.
 Matlamat Ekonomi :
o    ISLAM  : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’
o    BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya.
 Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Huraikan  ciri-ciri  ekonomi Feudalisme pada zaman pertengahan awal di Eropah ( 476 – 1050M ) .
Pendahuluan :
o    Ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dn penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi bisanya melibatkan aspek-aspek gelagat ( perilaku ) manusia.
o    Zaman Pertengahan awal di Eropah juga dikenali sebagai zaman gelap . Zaman ini bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada masa itu juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sistem masyarakat pada zaman gelap di Eropah ini dikenali sebagai sistem Feudalisme.
Isi :
Ciri-Ciri Ekonomi Feudalisme :
o    Sistem ekonomi feudalisme tiada hubungan dengan dunia luar. Serangan orang gasar menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah, iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dkenali sebagai lord’s tenant atau vassal.
o    Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dan vassal adalah berasaskan kontrak yang tidak bertulis. Dalam institusi feudalisme , raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tertinggi, diikuti  oleh count, lord, manor dan serf. Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang bergantung kepada jenis tanah.
Ekonomi Masyarakat Feudal :
o    Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.
o    Kaedah pertanian mereka dikenali sistem tanah lapang dan diamalkan untuk menjamin kesuburan tanah. Tanah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk penanaman mengikut pusingan:
o    Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga di mana oat dan barli ditanam, pusingan kedua melibatkan tanaman musim gugur, iaitu gandum. Pada pusingan ketiga, tanah rang dibiarkan kosong.
o    Di bawah sistem manor, kehidupan petani tertutup kerana keperluan seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan dalam isntitusi manor. Oleh yang demikian, tiada hubungan dagang dengan dunia luar. Dalam sistem manor , pertukaran barangan diutamakan.
Kesimpulan :
Apa sahaja yang berkaitan.

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
Pengenalan :
Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
o    Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
o    Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
o    Tidak mempunyai peradaban.
o    Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
o    Tidak boleh membaca dan menulis.
Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
o    Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
o    Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
o    Golongan hamba.
o    Wanita.
o    Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Huraikan matlamat pelaksanaan Dasar Merkantilisme di Eropah.
Pengenalan :
1.     Latar belakang Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke enam belas ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara tersebut.  Bagi negara-negara Eropah, dasar ekonomi yang menjadi amalan dari awal abad ke enam belas sehingga ke pertengahan abad ke lapan belas dikenali sebagai Merkantilisme.
2.     Keruntuhan sistem Feudalisme telah membawa kepada kemunculan negara-negara bangsa.  Ini menyebabkan pemerintah negara-negara bangsa ini telah mula memperkukuhkan kekayaan negara melalui dasar Merkantilisme.
3.     Konsep Merkantilisme : Merkantilisme boleh diertikan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. 
4.     Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam ekonomi,  kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku selari dengan matlamat dan kepentingan negara.
Isi :
1.     Memenuhi keperluan ekonomi kendiri : Dalam konteks ini nasionalisme bermaksud setiap buah negara tersebut perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri. Bagi mencapai tahap kendiri dari segi ekonomi, negara tersebut perlu memajukan ekonominya baik dalam sektor pertanian mahupun dalam sektor perindustrian, seperti mewujudkan kegiatan perindustrian baru.Kerajaan perlu memberi galakkan dan perlindungan kepada sektor-sektor tersebut.
2.     Memajukan ekonomi untuk mengekalkan kedaultan, dengan itu ia tidak perlu bergantung kepada negara lain bagi memenuhi keperluannya.  Justeru itu negara berkenaan akan dapat mengekalkan kedaulatan, maruah dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya. 
3.     Memajuknan dan memperkembangan industri telah meningkatkan keupayaan ekonomi negara  sangat penting bagi ekonomi sebuah negara.  Ia akan dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negeri, mengelakkan pengimpotan barang dari luar, dan juga menyumbang ke arah usaha meningkatkan keupayaan negara mengekspot barangan.
4.     Membina dasar yang bercorak Paternalisme : Paternalisme bermaksud kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik dan sosial rakyat. Hanya dengan cara inilah kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan matlamat dan kepentingan negara. Pada tempoh ini di Eropah, hampir keseluruhan aspek kehidupan rakyat tidak terlepas daripada pengaruh peraturan undang-undang negara.  Kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan, menggalakkan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barangan industri, menetapkan harga barang. Dengan itu segala aspek kehidupan rakyat perlu tunduk kepada cita-cita dan matlamat ekonomi dan politik negara. Kerajaan menentukan perjalanan politik, ekonomi dan sosial keseluruhannya.
5.     Bagi menggerakkan dasar meluaskan dengan mendapatkan tanah jajahanKolonialisme adalah unsur yang sangat penting dalam Merkantilisme.  Melalui dasar ini, sesebuah negara dianggap perlu mempunyai tanah jajahan di seberang laut. Tanah jajahan menjadi simbol prestij negara tersebut.  Tanah jajahan itu penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Ringkasnya, bagi dasar ini, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan perdagangan negara induk. Tanah jajahan tidak dibenarkan membangunkan sektor industri dan mempunyai kapalnya sendiri.
6.     Memonopoli perdagangan antarabangsa di Amerika, Eropah dan Afrika dalam pelbagai bidang eksport, seperti hamba abdi dan produk-produk dari amerika. Ini dapat dilihat dengan wujudnyaAkta-akta Pelayaran seperti Akta Perantis 1563, Akta perkapalan 1650, Undang-undang Kemiskinan 1600, Settlement Act 1662 dan Akta Makanan 1663.
7.     Membentuk ekonomi bersifat nasional dengan menyatukan dan menyelaraskan ekonomi bersifat kedaerahan ( Manorialisme )
Kesimpulan :
Ringkasnya, dasar merkantalisme banyak menyumbang kepada negara-negara menambah kekayaan dan penguasaan mereka ke atas tanah jajahan.

Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di Barat.
Pengenalan :
o    Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan rumah tangga.
o    Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum manusia/individu bekerjasama untuk memenuhi kehendak material manusia.
o    Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/ barang pelbagai dan terhad.
 Isi :
 Konsep :
o    Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa menindas dan kerana Allah.
o    Barat meletakkan keuntungan material semata-mata 
Pemilikan Harta :
o    Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan diberikan milik sementara kepada manusia.
o    Barat menganggap harta adalah milik individu.
Matlamat :
o    Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
o    Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja, bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.
o    Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.
Agihan Kekayaan :
o    Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
o    Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak individu.
 Ekonomi yang memudaratkan awam :
o    Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi, arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.
o    Barat mengiktirafkan kegiatan ini.
  Kebebasan mencari rezeki :
o    Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
o    Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan ‘laissez faire’
  Kesimpulan :
o    Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis adalah ciptaan manusia.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
Pengenalan :
o    Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
o    Sember-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
o    Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah
Isi :
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara
Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang strategik :
o    Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri
o    Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu
Kekayaan sumber asli :
o    Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan
o    Kekayaan hasil pertania seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain
o    Hasil-hasil laut seperti kowri(mata wang), kerang dwi katup, tiram mutiara dan lain-lain
o    Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain
Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil
o    Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
o    Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
o    Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
o    Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan
Peranan Orang laut :
o    Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
o    Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun
o    Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang
Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan :
o    Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
o    Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan
o    Mata wang logam digunakan dalam urusniaga
Hubungan politik dengan China :
o    Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada ancaman musuh
o    Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar
o    Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China
Peranan dan pengaruh agama :
o    Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara
o    Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama
o    Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam
Kesimpulan :
o    Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan di antara China dan India.

Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam di Alam Melayu. 
Pengenalan : 
Matlamat pendidikan tidak formal : 
o    Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.
 Pendidikan untuk semua : 
o    Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita. 
 Asas pendidikan Islam : 
o    Asas permulaaan pendidikan di  Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga hukum agama.
Peranan pemerintah : 
o    Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama spt Pasai, Aceh dan Melaka.
Isi : 
Sistem pendidikan tidak formal : 
Pengalaman, pemerhatian dan latihan : 
o    Ilmu diturunkan melalui prosespenglaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung
o    Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.
Pendidikan agama ( di rumah guru, surau ) : 
o    Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam searah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk memepelajari agama.
o    Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi
o    Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu.
o    Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di Surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau di rumah guru agama.
Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan 
Institusi pondok : 
o    Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif.
o    Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.
o    kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawufdan mantiq. lepasan sekolah pondok – belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengaar di pondok.
o    Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama.
o    Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.
Sistem pendidikan madrasah : 
o    Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrsah. Pelajart masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.
o    Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura, madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.
Pengajian Islam di istana : 
o    Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu spt Sejarah Melayu.
o    Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
o    Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasauf,
Peranan masjid :
  
Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mempelajari agama.
 Baiturrahman :
o    Acheh : Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-Quran, falfasah, mantik dan sejarah
 Tiga Balai Pendidikan di Acheh :
o    Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu pengetahuan Islam di negara mereka. Contoh, Sultan Iskandar Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan  yang dikenali sebagai Tiga Balai Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama dan Balai Himpunan Ulama.
o    Balai Setia Hukum –tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai agama untuk membahaskan isu-isu berkaitan agama.
o    Balai Setia Ulama untuk  menyelesaikan masalah mengenai pendidikan.
o    Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para ulama, ahli fakir bertukar pendapat, mengadakan ceramah agama dan menyelesaikan masalah agama.
Kesimpulan :
Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang. Sultan yang memerintah turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam Melayu.
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan  Islam.
Pengenalan :
o    Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
o    Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
o    Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
o    Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
o    Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit )yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
 Agama Hanif :  
o    Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi :
o     Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani :
o    Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
 Agama Wathani :
o    Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
  Agama Majusi :
o     Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
  Agama penyembahan Cekarawala :
o     Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
 Agama Animisme :
o     Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
 Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
o     Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
 Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
o    Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Kepercayaan tahyul :
o    Kepercayaan tangkal azimat
o    Roh orang mati menjadi burung.
o    Percaya kepada ahli nujum.
o    Percaya kepada ahli sihir.
o    Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
o    Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
o    Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
o    Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
Bincangkan Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan  Islam.
 Pengenalan :
o     Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
o    Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
o    Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
o    Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
o    Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
 Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
1.         Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
2.         Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3.         Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
4.         Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
5.         Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
6.         Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7.         Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
10.       Kepercayaan tahyul :
o    Kepercayaan tangkal azimat
o    Roh orang mati menjadi burung.
o    Percaya kepada ahli nujum.
o    Percaya kepada ahli sihir.
o    Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
o    Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
o    Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
o    Membuat keputusan melalui anak panah.

Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.




0 ulasan:

By :
Free Blog Templates