Read more: http://small-pc-maintenance.blogspot.com/2011/08/cara-bagi-ucapan-kepada-pengunjung-bila_08.html#ixzz1cmhEV9Yk bLaCk_eYe_92: soAlaN & JAwapaN TAmaDUN DuNia & IsLAm STPM

Sabtu, 10 September 2011

Bincangkan faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Petempatan Tamadun-tamadun Awal Manusia.
Pendahuluan :
  • Perkembangan pembinaan petempatan pada tamadun-tamadun awal bermula kira-kira 5000 SM. Antara petempatan-petempatan terawal ialah bahagian utara di Zawi Chemi Shanidar dan Shanidar di Timur Laut Rawanduz, Karim Shahir, Qalat Jarmo, Hassuna dan Tell Arpachiya di Mesopotamia, Mesir Utara dan Mesir Selatan, dan kawasan Indo-Iran di Indus.
  • Pembinaan petempatan di sekitar kawasan pertanian dan lembah-lembah sungai seperti Sg. Tigris dan Sg. Eupharates di Mesopotamia, Sg. Nil di Mesir, Sg. Indus di India dan Sg. Hwang Ho di China.
Isi :
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Petempatan Tamadun Awal :
Pengaruh Sungai dan Sumber Air :
  • Kebanyakan pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal dipengaruhi oleh kedudukan sungai. Kawasan-kawasan yang berhampiran sungai menjadi pilihan pembinaan petempatan. Ini disebabkan sungai memberi sumber air minuman, makanan dan kegunaan dalam kehidupan. Contoh pembinaan petempatan di Mesopotamia berhampiran Sg. Tigris dan Sg. Upharates, di Mesir lembah Sg. Nil menjadi pilihan petempatan manusia dan juga di India Lembah Sg Indus menjadi petempatan manusia.Sumber air telah mendorong manusia untuk hidup menetap dan membuka petempatan kekal kerana aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perikanan.
  • Sungai dan laut juga memainkan peranan penting dalam perhubungan dan pengangkutan.
Keadaan Fizikal Muka Bumi:
  • Faktor fizikal muka bumi mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal manusia. Kebanyakan kawasan petempatan tamadun awal manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai.
  • Mempunyai kecerunan tanah yang rendah. Tanah rendah dan bentuk muka bumi yang rata sesuai untuk pembinaan rumah sebaliknya kawasan yang tidak rata dan bergunung-ganang tidak sesuai untuk petempatan.
Kesuburan Tanah :
  • Kesuburan tanah amat mempengaruhi pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal manusia. Kawasan yang mempunyai kesuburan tanah menjadi tarikan manusia menetap di sesebuah kawasan. Tanah yang subur dan kemudahan sumber air mewujudkan kegiatan pertanian dan penternakan. Lembah sungai seperti Tigris dan Euphrates merupakan tanah lanar yang sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Di China Lembah Hwang Ho terdiri daripada tanah loes yang subur.
Kegiatan Pertanian :
  • Kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama manusia dalam tamadun awal. Kegiatan pertanian dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti tanaman padi, gandum, barli dan lain-lain lagi. Disamping itu kegiatan penternakan dan menangkap ikan turut dijalankan. Kedudukan sungai yang berhampiran menyediakan sumber air dan sistem pengairan kepada kegiatan pertanian.
Migrasi dan Pertambahan Penduduk :
  • Berlakunya proses migrasi ke kawasan-kawasan petempatan-petempatan baru kerana kesesuaian iklim , bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. Faktor tarikan dari petempatan-petempatan ini menyebabkan pertambahan penduduk dari masa ke semasa. Perkembangan petempatan kekal membawa kepada pembentukan perkampungan dan perbandaran dalam tamadun awal.
Kewujudan Organisasi Sosial :
  • Kesan dari pertambahan penduduk telah membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan kekal. Perkembangan perkampungan dan perbandaran telah membawa kewujudan organisasi sosial masyarakat. Pembahagian struktur sosial masyarakat berlaku kerana pengkhususan kerja untuk meningkatkan produktiviti.
Kewujudan Organisasi Politik :
  • Perkembangan dalam institusi sosial seperti institusi agama dan keluarga. Kewujudan institusi masyarakat ini melahirkan institusi negara. Kemunculan golongan pemerintah dalam petempatan tamadun awal seperti raja dan golongan pendeta.
Keagamaan dan Kepercayaan Terhadap Kuasa Ghaib :
  • Masyarakat tamadun awal percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka mengambil kira kepercayaan-kepercayaan ini dalam membina petempatan. Dalam membangunkan petempatan-petempatan mereka membina rumah-rumah ibadat di kawasan yang lebih selamat. Mereka mengharapkan petempatan-petempatan mereka dirahmati oleh kuasa-kuasa ghaib.
Perkembangan Perdagangan dan Pertembungan Budaya :
  • Kesan dari perkembangan kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal.
Penguasaaan Kemahiran dan Teknologi :
  • Perkembangan kemahiran dalam menenun kain, membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan penciptaan baru membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal.
Kesimpulan :
Perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal manusia membawa pertumbuhan bandar-bandar. Kemunculan bandar Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus, Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Bandar Thebes dan Memphis di Mesir.


Huraikan ciri-ciri utama kebudayaan Paleolitik dan Neolitik
Pendahuluan :
  • Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.
  • Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan,  kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara, di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara – Pithecanthropus Pekinensis  dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun  dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu.
  • Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.
  • Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

Isi-isi :
Petempatan :
Paleolitik :
  • Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber  alam sekitar. Mereka tinggal  di dalam gua,  lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak )   dan Gua Tingkayu ( Sabah )
Neolitik :
  • Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )
Kegiatan Ekonomi Utama :
Paleolitik :
Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.
Neolitik :
Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter.  Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru
Peralatan :
Paleolitik :
Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap peralatan  masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.
Neolitik :
Berbeza dengan  peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.
Hidup berkelompok :
Paleolitik :
Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas.
Neolitik :
Pada zaman Neolitik yang telah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung  yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.
Agama dan kepercayaan :
Paleolitik :
Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini.
Neolitik :
agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka  juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme.  
Kesenian / kebudayaan
Paleolitik :
Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak  realisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri.
Neolitik :
Kesenian pada zaman Neolitik lebih  bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan  pemikiran konseptual.
Corak hidup :
Paleolitik :
Pada zaman ini masyarak Paleolitik berpakai yang ringkas dengan menggunakan kulit-kulit kayu dan binatang. Mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta.
Neolitik :
Masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan  memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki  tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Masyarakat ketika ini sudah memiliki pakaian yang lengkap.
Golongan wanita mula   memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan.
Pembahagian kerja mengikut gender :
Paleolitik :
Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal.
Neolitik
Masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja menikut gender. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir  golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.
Peningkatan tahap pemikiran pada zaman Neolitik
Berlakunya peningkatan pemikiran konseptual dikalangan masyarakat Neolitik

Kesimpulan :
Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah   mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.


Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan  Islam.
Pengenalan :
  • Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
  • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
  • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
  • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
  • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
 Agama Hanif :  
  • Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi :
  •  Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani :
  • Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
 Agama Wathani :
  • Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
  Agama Majusi :
  •  Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
  Agama penyembahan Cekarawala :
  •  Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
 Agama Animisme :
  •  Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
 Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
  •  Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
 Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
  • Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Kepercayaan tahyul :
  • Kepercayaan tangkal azimat
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
  • Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.



Terangkan konsep sara diri, komersil dan kapitalis. Huraikan sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke-18.
Pendahuluan :
  • Ekonomi : perkataan Yunani yang bermaksud peraturan rumah tangga
  • Ekonomi : ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran kewangan dalam aktiviti manusia
  • Pendapat Adam Smith : ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara
  • Jenis-jenis ekonomi : sara diri, sistem barter, komersil, perdagangan dan kapitalisme.
Isi :
Konsep Sara Diri, Komersil, dan Kapitalisme :
Konsep Sara Diri :
  • Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal melalui penerokaan terhadap sumber alam sekeliling melalui pemburuan dan pemungutan
  • Petani yang menjalankan kegiatan pertanian berasaskan konsep sara diri adalah untuk keperluan keluarga dan kegunaan seharian
  • Mereka menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti padi, ubi, keladi, sayuran dan buah-buahn
  • Kegiatan ekonomi sara diri juga meliputi kegiatan pengutipan dan pengumpulan hasil-hasil hutan seperti damar, rotan dan buah-buahan
Konsep Komersil :
  • Komersil ialah aktiviti jual beli urus niaga sesuatu barangan dan perkhidmatan
  • Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yang menjalankan kegiatan penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan secara besar-besaran
  • Pengkhususan melibatkan pertukaran orientasi keuntungan hubungan luar dan pengumpulan modal untuk kepentingan persendirian
Konsep Kapitalisme :
  • Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan
  • Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan
  • Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan
  • Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran yang bercorak baru.
Sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad   ke-18
Pergerakan Renaissance dan Reformasi :
  • Gerakan Renaissance pada abad ke-14M dan Reformasi telah memperkembangkan sistem kapitalisme
  • Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme, sekularisme dan rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mementingkan kebebasan dan kekayaan kebendaan
  • Masyarakat di bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalisme melalui aktiviti pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang
Fahaman Calvinisme :
  • Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme
  • Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras
  • Fahaman ini menyebabkan negara Protestan mengenepikan Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama
Kemunculan Negara Bangsa :
  • Raja-raja Negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan sistem kapitalisme
  • Setiap buah negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan
  • Untuk tujuan tersebut penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru digalakkan.
  • Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebu
Dasar Mekantalisme :
  • Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara
  • Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas
  • Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan
  • Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650
Dasar Kolonialisme :
  • Perluasan dasar mekantalisme membawa kepada koloni ke atas kawasan di Timur dan Amarika Latin
  • Ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme
  • Kekayaan koloni mengalir ke Eropah
Perkembangan Institusi Kewangan :
  • Perkembangan industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah
  • Menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit (pembayaran melalui cek) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal dengan membesarkan perniagaan mereka
  • Kesannya lahir golongan kapitalis yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
  • Di samping itu sistem bank juga merupakan satu perniagaan yang menguntungkan
  • Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman , pelaburan dan pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalis
  • Keluarga Fuggers dan Ausgurg dan Medici merupakan keluarga yang terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah
Perubahan dalam organisasi perniagaan :
  • Di zaman pertengahan aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan keluarga
  • Kesatuan tukang dan kesatuan dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan kebajikan sosial
  • Bermula pada abad ke-16 berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dan penubuhan syarikat perniagaan regulated (PR) dan joint stok (JS)
  • Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian
  • JS ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah
  • Syarikat Eastland (1576) merupakan syarikat regulated yang berdagang di laut Baltik
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris (1660) merupakan syarikat JS yang terkenal
  • Dengan modal yang besar dan kedudukan yang kukuh membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan
  • Kewujudan organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi kapitalisme di Eropah
Kesimpulan :
  • Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah Barat apabila berlakunya.
  • Revolusi Industri yang bermula pada abad ke-18.
  • Menerusi sistem ini Negara Eropah menjadi kaya dan menguasai ekonomi dunia.



Galurkan perkembangan petempatan di Alam Melayu pada Zaman Prasejarah.
Pendahuluan :
  •  Lokasi Alam Melayu
  • Konsep pra-sejarah
  • Perkembangan petempatan di Alam Melayu boleh dikesan sejak Zaman batu lagi. Perkembangan ini dapat dikesan pada Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.
Isi :
  • Petempatan Zaman Paleolitik- Tinggal di dalam gua-gua batu kapur dan berhampiran sungai dan tasik. Tidak mempuyai petempatan kekal dan hidup berpindah-randah, petempatan Paleoliti terdapat di Kota Tampan ( Perak ), Gua Niah ( Sarawak), Tingkayu ( Sabah ), Lembah Basoka ( Jawa ), Lembah Solo dan Sanggiran.
  • Petempatan Zaman Mesolitik – Tinggal di dalam gua dan kawasan berhampiran sungai dan tasik, tapak petempatan ditemui di Gua Kepah ( Kedah ), jendetram Hilir ( Selangor), Gua Cha ( Kelantan ), Gua Niah ( Sarawak )
  • Petempatan Zaman Neolitik- Tinggal menetap di kampung, mempnuyai pengetahuan bercucuk tanam dan menternak binatang, tapak-tapak petempatan ditemui di Sungai Bewak ( Ulu Terengganu ), Gua Badak dan Gua Musang ( Kelantan ), Kota Tongkat dan Kota Gelanggi ( Pahang ).
  • Petempatan Zaman Logam- Tinggal di kampung-kampung di tepi sungai, terlibat dalam aktiviti pedagangan, tapak-tapak petempatan ditemui di Klang dan Sungai Lang ( Selangor ), Sungai Tembeling dan Raub ( Pahang ).
Kesimpulan :
Berlaku tahap-tahap kemajuan dalam petempatan dari Zaman Paleotitik hingga Zaman Logam. Perkembangan ini merintis ke arah kemunculan pekan, bandar dan pelabuhan-pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.


Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat  pada zaman tamadun awal manusia.     
Pengenalan :
  1. Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
  2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan  yang berkaitan kepadanya.
  3. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Isi :
Menyembah banyak Tuhan :
  • Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
  • Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.
 Menyembah Dewa -dewi :
  • Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka.
  • Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.
 Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :
  • Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.
  • Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.
  • Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.
Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :
  • Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
  • Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.
  • Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.
Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :
  • Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
  • Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.
  • Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Memuja Roh Nenek Moyang :
  • Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
  •  Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.
Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.


Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan.  Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani.

Pengenalan :
  • Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean.  Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani.  Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth.  Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku.  Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus.  Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan.

Konsep :

  • Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan.  Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan.  Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran.  Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara. 
  • Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan.  Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya.

Isi-isi :

Penggunaan Kereta Kuda :
  • Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.  Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.

Penggunaan Phalanx :
  • Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx.  Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx.  Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak.  Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx.  Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu.

Tentera Elit dan Bawahan :
  •  Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap.  Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang baik.  Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).

Taktik Berperang :
  • Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur secara bersemuka (berdepan).  Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir.  Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.

Latihan Tentera Sparta :
  • Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan.  Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot.  Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup.  Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan.  Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya.  Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.
Organisasi Tentera Graeco-Roman :
  • Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx.  Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter.  Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat.  Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya.  Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).

Kesimpulan :
Organisasi ketenteraan Tamadun Yunani disusun dan ditadbir dengan sangat sistematik.  Kewujudan organisasi tentera yang mantap dapat dikesan daripada askar-askar yang terlatih dan berdisiplin, taktik dan strategi peperangan yang berkesan serta peralatan perang yang canggih.  Perkembangan ini mendorong kepada kelangsungan Tamadun Yunani dalam tempoh yang panjang serta tamadun yang kuat di Eropah.


Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah.
Pengenalan :
  1. Konsep Ketahanan
  2. Konsep Pertahanan
  3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW.
  4. Konsep Organisasi Ketenteraan.
Isi-isi :
Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :
  • Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar.  Zaman Khalifah Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan ganjaran dan dibayar gaji.
Jenis Tentera :
  • Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.
  •  Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.
 Gaji Tentera :
  • Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera
  • pada  tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.
  • Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid  sebanyak 100 dirham.
  • Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan  kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.
Alat Kelengkapan Perang :
  • Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan dabbabah.
  • Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti dalam Perang Khandak dan Hunain
  • Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.
Komposisi Tentera :
  • Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai 100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai.
  • Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis  (pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang mengandungi 300 hingga 600 orang.
  • Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera.
  • Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-harbiyah),tentera menembak (al-naqqaabun),tentera pemanah (al-ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).
Kesimpulan :
  1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa kejayaan.
  2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategi perang.


Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16.
Pengenalan :
  • Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.
  • Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
  • Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.
  • Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).
Isi :
Gerakan Renaissance :
  • gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.
  • Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.
Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :
  • Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.
  • Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
Menyebarkan agama Kristian :
  • Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.
  • Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda  Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.
Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :
  • Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.
  • Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu
  • Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.
Perang Salib :
  • Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.
  • Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.
Perlumbaan diantara negara-negara bangsa :
  • Pertugis ,Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.
Kemajuan dalam teknologi pelayaran :
  • Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.
  • Alat  seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.
Pengetahuan tentang dunia luar :
  • Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.
  • Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.
Kesimpulan :
  • Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.
  • Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

http://fastnote.wordpress.com/penerokaan-dan-penjelajahan-barat/

0 ulasan:

By :
Free Blog Templates