Read more: http://small-pc-maintenance.blogspot.com/2011/08/cara-bagi-ucapan-kepada-pengunjung-bila_08.html#ixzz1cmhEV9Yk bLaCk_eYe_92: Ekonomi Kapitalisme stpm

Sabtu, 10 September 2011

1.            Takrifkan Konsep Ekonomi Kapitalisme Dan Jelaskan Empat Faktor Yang Membawa Kepada Perkembangan Sistem Kapitalisme Di Eropah Dari Tahun 1400 Hingga Tahun 1700 Masihi.

A.   PENDAHULUAN :

  1. Zaman kemuncak Pertengahan ( 1050 – 1270 ) merupakan zaman berlakunya pelbagai perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial di Eropah Barat. Perubahan tersebut menjadi asas kepada zaman Eropah Moden yang bermula dengan kemunculan gerakan Renaissance di Itali dan kemunculan negara kebangsaan.

  1. Perkembangan ekonomi di zaman Pertengahan Akhir ( 1270 ).
a.    Wujudnya bandar perdagangan seperti Florence, Milan dan Venice.
b.    Pertambahan kekayaan dan asimilasi pelbagai budaya dan tradisi.
c.    Kewujudan Kesatuan dagang dan Kesatuan Tukang yang menjadi kepentingan pedagang dan tukang.

B.   ISI – ISI PENTING: ( 20 Markah )

  1. Takrif Konsep Ekonomi Kapitalisme. ( 5 Markah )

a.    Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

b.    Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan.

c.    Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip persaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

d.    Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar – besaran yang bercorak baru.


  1. Faktor perkembangan sistem Kapitalisme. ( 5 isi x 3 M = 15 Markah )

a.    Gerakan Renaissance dan Refomasi.

Gerakan Renaissance pada abad ke – 14 Masihi dan refomasi telah memperkembangkan kapitalisme. Perkembangan aliran pemikiran Individulisme, humanisme, sekularisme dan rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mementingkan kebebasan dan kekayaan kebendaan. Masyarakat di bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalisme melalui aktiviti pinjman, pelaburan dan pertukaran wang.

b.    Fahaman Calivinisme.

Gerakan reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras. Fahaman ini menyebabkan negara Protestan mengenepikan Canon Law dan emmbolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan padri dan peraturan lama.

c.    Kemunculan Negara bangsa.

Raja – raja negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan sistem kapitalisme. Setiap buah negara bangsa berlumba – lumba untuk mengumpulkan kekayaan. Untuk tujuan itu penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru digalakkan. Putera Henry dari Portugal Raja Ferdinand dari Sepanyol telah mebiayai dan memberikan galakkan kepada aktiviti tersebut.

d.    Dasar Merkantalisme.

Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara – negara bangsa pada abad ke – 16 dan ke – 17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara. Menerusi dasar ini, kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran yang luas. Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan. Ratu Elizeberth ( 1558 – 1603 ) telah memperkenalkan akta seperti Akta Perantis 1563, Undang – undang kemiskinan 1600, Akta Perkapalan 1650.

e.    Dasar Kolonisme.

Perluasan dasar merkantalisme membawa kepada koloni ke atas kawasan di timur dan Amerika Latin. Ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Kekayaan koloni mengalir ke Eropah.

f.     Perkembangan Institusi Kewangan.

Perkembangan Industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit ( pemabayaran melalui cek ) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal dengan membesarkan perniagaan mereka. Kesanya lahir golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Di samping itu sistem bank juga merupakan sati perniagaan yang menguntungkan. Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalisme. Keluarga Fuggers dan Ausgurg dan keluarga Medici merupakan keluarga yang terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah.

g.    Perubahan dalam Organisasi Perniagaan.

Di zaman pertengahan, aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan keluarga. Kesatuan Tukang dan kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan kebajikan sosial. Bermula pada abad ke – 16 berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dengan penubuhan syarikat perniagaan Regulated dan Joint Stock. Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian. JS ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah. Syarikat England ( 1576 ) merupakan syarikat ragulated yang berdagang di laut Baltik. Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) 1660 merupakan syarikat joint stock yang terkenal. Dengan modal yang besar dan kedudukan yang kukuh, membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan. Kewujudan organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi kapitalisme di Eropah.

C.   KESIMPULAN :

Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah barat apabila berlakunya Revolusi Industri yang bermula pada abad ke – 18. Menerusi sistem ini negara Eropah menjadi kaya dan menguasai ekonomi dunia.



Sistem Kapitalisme Di Eropah
Pendahuluan :
  • Ekonomi kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi bebas. Ini bermakna setiap individu atau mana-mana syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Matlamat utama di dalam sistem ekonomi kapitalisme ialah keuntungan yang maksima.
Konsep :
  • Pengumpulan modal
  • Kebebasan ekonomi
  • Hak milik perseorangan
  • Kebebasan pasaran dan perniagaan
  • Menggalakkan penambahan kekayaan dan pelaburan
  • Kaum buruh dibayar upah
  • Melibatkan sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran.
  • Tujuan untuk mendapatkan keuntungan
Ciri-ciri :
  • Wujud aktiviti perdagangan dan perniagaan
  • Pembayaran gaji untuk pekerja oleh majikan
  • Sistem ekonomi dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal besar.
  • Untuk kepentingan sendiri
  • Ekonomi dagangan bebas
  • Mengutamakan harta persendirian
Sebab-sebab Perkembangan Sistem Kapitalisme :
Penubuhan Negara-negara Bangsa.
  • Pesat pada abad ke-16 dan ke-17
  • Raja menggalakkan perkembangan kapitalisme
  • Mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme
  • Negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan
  • Pelayaran, penerokaan dan penjelajahan ke kawasan baru digalakkan seperti Sebastian Cabot dan Francis Drake
  • Kerajaan Negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang berkesan.
  • Duti import yang tinggi dikenakan.
  • Memastikan perdagangan memihak kepada Negara bangsa bagi memenuhi objektif dasar ekonomi merkantilisme.
Gerakan Renaissance dan Reformation :
  • Gerakan Renaissance disusuli oleh gerakan reformation
  • Pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme
  • Peranan agama dalam sector ekonomi lemah ekoran perkembangan idea-idea dan aliran pemikiran humanisme, rasionalisme dan sekularisme.
  • Tumpuan masyarakat terhadap kebebasan dan kekayaan kebendaan
  • Masyarakt di bandar-bandar perdagangan giat dalam bidang pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang
  • Menggalakkan sistem ekonomi kapitalisme dan merkantilisme.
Dasar Ekonomi Merkantilisme :
  • Abad ke-16 dan ke-17 – revolusi perdangangan
  • Dasar merkantilisme – system yang menekankan kekayaan, kekuasan dan kebajikan
  • Pertambahan kekayaan dalam Negara
  • Sector pertanian dan perindustrian maju
  • Pasaran luar yang luas
  • Akta Perintis dan Akta Perkapalan diperkenalkan untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan.
Dasar kolonialisme :
  • Penguasaan koloni – kunci kekayaan
  • Dasar kolonialisme – didorong oleh dasar merkantilisme
  • Dasarr kolonialisme ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin
  • Bahan mentah dan pasaran terjamin.
Aliran agama Calvanisme :
  • Aliran ini muncul di negara-negara Protestan.
  • Dibawa oleh John Calvin
  • Fahaman Calvanisme menghalalkan amalan riba.
Revolusi Pertanian :
  • Bermulanya sistem pemagaran
  • Tanah berpagar menggantikan tanah lapang
  • Pengenalan tanaman baru
  • Ciptaan jentera baru
  • Teknik penanaman baru
Revolusi Perindustrian :
  • Abad ke-18
  • Penggunaan kaedah moden
  • Ciptaan mesin pemintal
  • 1795, Edmund Cartwright mencipta mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
  • Wap digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera
  • Peleburan besi
  • Penghasilan keluli
  • Pengeksportan barangan ke luar Negara
  • Kemunculan golongan kelas pertengahan dan proletariat
Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan :
  • Pembinaan jalan raya dan terusan memudahkan pengangkutan barangan industri.
  • John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya dengan menggunakan batu dan minyak tara.
  • James Bridley membina terusan pertama – Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
Penghijrahan :
  • Perkembangan dalam sistem pengangkutan menggalakkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.
  • Penghijrahan juga terdapat di Asia, India Barat, Australia dan New Zealand.
  • Kemasukan buruh
  • Semua ini membawa kepada kepesatan system kapitalisme di England
Kemunculan Institusi Kewangan :
  • Amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah
  • Pertumbuhan industri bank – kemudahan pinjaman dan kredit membawa keuntungan
  • Lahirnya golongan kapitalis – pemilik ladang, tuan tanah dan pengusaha lombong.
  • Menggalakkan pelaburan modal dan perniagaan
Kesan Sistem Kapitalis :
  • Pertambahan eksport ke luar negeri
  • Peningkatan perdagangan antarabangsa
  • Penghijrahan ke kawasan Bandar
  • Pengenalan jenis tanaman baru
  • Penggunaan kaedah penanaman baru
  • Perubahan dalam bidang perhubungan

0 ulasan:

By :
Free Blog Templates