Read more: http://small-pc-maintenance.blogspot.com/2011/08/cara-bagi-ucapan-kepada-pengunjung-bila_08.html#ixzz1cmhEV9Yk bLaCk_eYe_92: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamaduntamadun awal manusia.

Sabtu, 10 September 2011

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamaduntamadun
awal manusia.
Jawapan:
Pendahuluan (3 m)
a. Perkembangan pembinaan petempatan pada tamadun-tamadun awal bermula kira-kira
5000 SM. Antara petempatan-petempatan terawal ialah bahagian utara di Zawi Chemi
Shanidar dan Shanidar di timur laut Rawanduz, Karim Shahir, Qalat Jarmo, Hassuna
dan Tell Arpachiya di Mesopotamia, Mesir utara dan Mesir Selatan, dan kawasan Indo-
Iran di Indus.
b. Pembinaan petempatan di sekitar kawasan pertanian dan lembah-lembah sungai
seperti Sg. Tigris dan Sg Eupharates di Mesopotamia, Sg. Nil di Mesir, Sg. Indus di India
dan Sg. Hwang Ho di China.
Isi-Isi Jawapan (7 isi X 3 m = 21 m )
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal.
a. Pengaruh sungai dan sumber air: Kebanyakan pembinaan petempatan-petempatan
tamadun awal dipengaruhi oleh kedudukan sungai. Kawasan-kawasan yang berhampiran
sungai menjadi pilihan pembinaan petempatan. Ini disebabkan sungai memberi sumber air
minuman, makanan dan kegunaan dalam kehidupan. Contoh pembinaan petempatan di
Mesopotamia berhampiran Sg. Tigris dan Sg. Upharates, di Mesir lembah Sg. Nil menjadi
pilihan petempatan manusia dan juga di India Lembah Sg Indus menjadi petempatan
manusia.Sumber air telah mendorong manusia untuk hidup menetap dan membuka
petempatan kekal kerana aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perikanan.
Sungai dan laut juga memainkan peranan penting dalam perhubungan dan pengangkutan.
b. Keadaan fizikal muka bumi: Faktor fizikal muka bumi mempengaruhi pembinaan
petempatan tamadun awal manusia. Kebanyakan kawasan petempatan tamadun awal
manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai.
Mempunyai kecerunan tanah yang rendah. Tanah rendah dan bentuk muka bumi yang rata
sesuai untuk pembinaan rumah sebaliknya kawasan yang tidak rata dan bergunung-ganang
tidak sesuai untuk petempatan.
c. Kesuburan tanah : Kesuburan tanah amat mempengaruhi pembinaan petempatanpetempatan
tamadun awal manusia. Kawasan yang mempunyai kesuburan tanah menjadi
tarikan manusia menetap di sesebuah kawasan. Tanah yang subur dan kemudahan
sumber air mewujudkan kegiatan pertanian dan penternakan. Lembah sungai seperti Tigris
dan Euphrates merupakan tanah lanar yang sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Di
China Lembah Hwang Ho terdiri daripada tanah loes yang subur.
d. Kegiatan pertanian : Kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama manusia dalam
tamadun awal. Kegiatan pertanian dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti
tanaman padi, gandum, barli dan lain-lain lagi. Disamping itu kegiatan penternakan dan
menangkap ikan turut dijalankan. Kedudukan sungai yang berhampiran menyediakan
sumber air dan sistem pengairan kepada kegiatan pertanian.
SULIT
2 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
e. Migrasi dan Pertambahan penduduk : Berlakunya proses migrasi ke kawasan-kawasan
petempatan-petempatan baru kerana kesesuaian iklim , bentuk muka bumi dan kesuburan
tanah. Faktor tarikan dari petempatan-petempatan ini menyebabkan pertambahan
penduduk dari masa ke semasa. Perkembangan petempatan kekal membawa kepada
pembentukan perkampungan dan perbandaran dalam tamadun awal.
f. Kewujudan organisasi sosial : Kesan dari pertambahan penduduk telah membawa kepada
perkembangan petempatan ¡V petempatan kekal. Perkembangan perkampungan dan
perbandaran telah membawa kewujudan organisasi sosial masyarakat. Pembahagian
struktur sosial masyarakat berlaku kerana pengkhususan kerja untuk meningkatkan
produktiviti.
g. Kewujudan organisasi politik : Perkembangan dalam institusi sosial seperti institusi agama
dan keluarga. Kewujudan institusi masyarakat ini melahirkan institusi negara. Kemunculan
golongan pemerintah dalam petempatan tamadun awal seperti raja dan golongan pendeta.
h. Keagamaan dan Kepercayaan terhadap kuasa ghaib : Masyarakat tamadun awal percaya
bahawa kuasa-kuasa ghaib mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka mengambil kira
kepercayaan-kepercayaan ini dalam membina petempatan. Dalam membangunkan
petempatan-petempatan mereka membina rumah-rumah ibadat di kawasan yang lebih
selamat. Mereka mengharapkan petempatan-petempatan mereka dirahmati oleh kuasakuasa
ghaib.
i. Perkembangan perdagangan dan pertembungan budaya: Kesan dari perkembangan
kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula
di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa
kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal.
j. Penguasaaan kemahiran dan teknologi : Perkembangan kemahiran dalam menenun kain,
membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan penciptaan baru
membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal.
3. Penutup ( 1 m)
Perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal manusia membawa pertumbuhan
bandar-bandar. Kemunculan bandar Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus, Anyang,
Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Bandar Thebes dan Memphis di
Mesir
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
3 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
2. Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan
peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal .
Jawapan:
Pendahuluan (3m)
a. Sistem pemerintahan beraja merupakan suatu sistem pemerintahan yang memberikan
kuasa mutlak kepada seorang raja yang selalunya mendakwa mereka menaiki takhta
kerana hak turun temurun iaitu sudah menjadi hak semula jadi mereka dan tidak tertakluk
kepada kuasa parlimen atau institusi tertentu.
b. Raja-raja dianggap sebagai jelmaan tuhan @ bayangan tuhan. Mereka menggunakan
ketenteraan, agama dan mitos-mitos tertentu sebagai langkah untuk mengukuhkan
kedudukan mereka.
c. Sejarah pemerintahan beraja:
a. Mesir: Apabila Raja Menes menyatukan Mesir Utara dan selatan telah mengisytiharkan
dirinya sebagai raja. Raja-raja Mesir menggunakan gelaran Firaun.
b. Mesopotamia: bermula pada 300M apabila raja-raja mengetuai negara kota seperti Ur,
Urech, Kish dll.
c. China: Dimulakan oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin) dengan menggunakan gelaran
Maharaja atau Huang Ti.
Isi-isi Jawapan (20m = 4 isi x 5m)
1. Pentadbiran
a. Raja adalah ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan
mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari
syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.
b. Raja akan melantik pegawai-pegawai dari kalangan anggota kerabat diraja dan diberi
mandat untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayan
aduan-aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan hal-hal pentadbiran.
c. Contoh:
i. Di Mesopotamia : Setiap negara kota ditadbir oleh seorang raja berkuasa
mutlak. Setiap negara kota dimiliki oleh dewa yang berlainan. Raja yang
memerintah negara kota dianggap menjalankan tugas bagi pihak dewa. Raja
dianggap sebagai wakil masyarakat yang dipilih oleh tuhan atau dewa untuk
menjalankan pentadbiran negara.
ii. Di Mesir: Wazir dilantik oleh Firaun harus mengadap raja setiap hari untuk
melaporkan tentang perkembangan negara.
iii. Di China: Maharaja melantik pegawai dan memberi mandat untuk
menjalankan tugas.
2. Keagamaan
a. Raja sebagai ketua agama, ketua paderi atau ketua rumah berhala.
b. Raja bertanggungjawab dan terlibat dalam upacara keagamaan yang dikendalikan oleh
golongan bangsawan atau pendeta.
c. Contoh:
i. Mesopotamia: Antara tugas raja yang dinggap suci ialah membina,
memelihara dan mengurus rumah ibadat. Raja mempunyai kuasa mutlak
untuk melantik paderi-paderi dan aktif dalam perayaan-perayaan
SULIT
4 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
keagamaan. Raja-raja dan putera mereka turut terlibat dalam mengangkut
batu-batu bagi membantu kerja-kerja pembinaan rumah ibadat.
ii. Mesir: Kedudukan raja sangat berpengaruh. Firaun dianggap sebagai tuhan
yang mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengharmonikan kehidupan
manusia.
3. Kehakiman
a. Raja sebagai ketua hakim dan pengubal undang-undang. Raja berada di atas undangundang
dan tidak boleh didakwa kesalahannya.
b. Contoh:
i. Mesir: Raja bertindak sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab
menwujudkan keamanan, keselamatan dan keadilan dalam negeri.
ii. Mesopotamia: Raja sebagai ketua hakim dan bertanggungjawab
mewujudkan keadilan. Raja memastikan golongan kaya dan berpengaruh
tidak menindas rakyat miskin dan memastikan rakyat mendapat layanan
yang sewajarnya.
iii. China: Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undangundang.
Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
4. Ketenteraan
a. Raja sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.
b. Contoh:
i. Mesopotamia: Raja adalah ketua panglima tentera. Raja bertindak sebagai
ketua tentera dalam peperangan. Selain itu raja bertindak sebagai perancang
taktik dan strategi ketenteraan untuk menghadapi musuh dari luar atau
peperangan sesama sendiri yang sering berlaku di antara sesama negara
kota.
ii. Mesir: Raja sebagai ketua panglima perang. Tetapi dalam suasana perang,
tentera diketuai oleh wazir bagi pihak Firaun. Firaun digambarkan
mempunyai ciri-ciri kepahlawanan, kemahiran dan kekuatan luar biasa dalam
medan peperangan dan perancang strategi untuk menewaskan musuh.
Penutup (2m)
1. Tidak wujud pengagihan kuasa dari segi perundangan, eksekutif dan kehakiman dalam
tamadun awal. Raja dilihat berperanan dalam semua bidang.
2. Apa sahaja yang berkaitan.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
5 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
3. Bincangkan ide-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu
pemerintah mengukuhkan kuasa.
Pengenalan ( 3m )
1. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta
Maurya. Kautilya hidup pada masa dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau
dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
2. Karya Arthasastra ( Science of Gain of Power ) yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi
merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan,pentadbiran diplomasi, peperangan dan
ekonomi.
3. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam
peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
Isi- Isi ( 21 Markah- 7X 3 Markah )
1. Menggariskan Peranan Pemerintah dan Hubungan Diplomatik
Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.
(i) Mementingkan keamanan iaitu ¡¥ saman ¡¥iaitu perdamaian dengan musuh yang
lemah.
(ii) Persediaan untuk berperang
(iii) Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
(iv) Bersekutu dengan musuh.
(v) Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan
serangan
ke atas musuh lain.
(vi) Melancarkan serangan pertama.
2. Menggariskan Peranan Pemerintan Untuk Mencapai Kemenangan
(i) Memujuk musuh dengan rasuah atau ¡¥dana¡¦dan perbincangan.
(ii) Mencetuskan persengketaan
(iii) Menanamkan benih-benih permusuhan
(iv) Melancarkan peperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.
3. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas
Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsur spiritual dan upacara keagamaan
Hindu iaitu mengelakkan ¡¥kelahiran semula¡¦ jika beroleh kemenangan melalui peperangan
seperti yang disarankan oleh agama Hindu.
4. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh
Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti
mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan
kempen ketenteraan.Pemerintah dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera
terlatih.
5. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.
Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta
berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, merasuah tukang masak
dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.
SULIT
6 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
6. Pemerintahm Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak
Untuk menghadapi musuh, ¡¥bheda¡¦ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan
menimbulkan isu-isu sensitif. Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera
musuh serta menggunakan kekerasan konsep ¡¥ danda¡¦ iaitu kayu atau besi yang kuat ke
atas orang jahat dan musuh.
7. Kautilya memperkenalkan teori ¡¥mandala¡¦. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari
kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan
berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.
8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk
mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.
9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan.
Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja
yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan
akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.
10. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa
termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang
boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana
bimbang makanan itu mengandungi racun.
Kesimpulan ( 1 Markah )
- Apa sahaja yang berkaitan
SULIT
7 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
4. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada
perkembangan sistem kapitalisme di Eropah sehingga abad ke- 18 Masihi .
Jawapan
Pendahuluan : ( 3 markah )
1. Perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial di Eropah Barat berlaku pada Zaman
Kemuncak Pertengahan (1050-1270).
2. Perubahan ini menjadi asas kepada Zaman Eropah Moden dan munculnya Gerakan
Renaissance di Itali.
3. Perkembangan ekonomi di Zaman Pertengahan Akhir ini munculnya bandar-bandar
perdagangan seperti Florence , Milan dan Venice .
4. Selain itu pertambahan kekayaan dalam masyarakat dan berlaku asimilasi pelbagai
budaya dan tradisi.
5. Muncul juga Kesatuan Dagang dan Kesatuan Tukang yang menjaga kepentingan
pedagang dan petukang.
Isi-isi Jawapan:
1. Maksud sistem ekonomi Kapitalisme : ( 3 markah )
- Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik
persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan. Tujuan utama adalah untuk mengaut
keuntungan.
- Sistem ini juga membolehkan individu atau kumpulan berusaha menambahkan
kekayaan dengan melaburkan semua keuntungan.
- Ia juga melibatkan sistem pembayaran upah kepada buruh berdasarkan prinsip
persaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
- Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran yang bercorak
baru.
2. Faktor perkembangan kapitalisme di Eropah : ( 6 isi x 3 markah : max 18 markah )
a. Gerakan Renaissance dan Reformasi ( 3 markah )
- Gerakan Renaissance pada abad ke 14 dan reformasi telah membantu
perkembangan kapitalisme.
- Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme, sekularisme dan
rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan
mewujdkan masyarakat yang mengutamakan kebebasan dan kekayaan serta
kebendaan.
- Kewujudan Bandar Milan, Venice dan Florance telah mendorong kemunculan
ekonomi kapitalisme melalui pinjaman, pelaburan dan petukaran wang.
-
b. Fahaman Calvinisme ( 3 markah )
- John Calvin dalam gerakan reformasi telah mendorong kepada perkembangan
ekonomi kapitalisme.
- Ajaran Calvin telah membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan
masyarakat bekerja keras.
SULIT
8 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
- Fahaman ini menjadikan negara mengamalkan Protestant mengenepikan Canon
Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri dari kawalan paderi dan
peraturan lama dalam agama Kristian.
c. Kemunculan Negara Bangsa ( 3 markah )
- Raja-raja Negara bangsa adalah pengerak kepada sistem kapitalisme.
- Setiap pegara bangsa saling berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan.
- Untuk itu penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru amat digalakkan.
- Galakkan daripada Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dan Sepanyol
menyebabkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan berkembang di Eropah.
d. Dasar Merkantilisme ( 3 markah )
- Berlakunya revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa
pada abad ke 16 dan 17 telah mengalakkan perkembangan kekayaan dalam
Negara.
- Kerajaan berusaha untuk mewujudkan aktiviti pertanian dan perindustrian secara
besar-besaran.
- Untuk itu dasar untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan telah diadakan.
- Ratu Elizabeth (1558 ¡V 1603 ) telah perkenalkan Akta Perantis 1563, Undangundang
Kemiskinan 1600 dan Akta Perkapalan 1650.
e. Dasar Kolonialisme ( 3 markah )
- Perluasan dasar merkantilisme telah membawa kepada pembukaan koloni ke atas
kawasan di Timur dan Amerika Latin.
- Keadaan ini telah memperluaskan lagi ekonomi kapitalisme di Eropah.
- Kekayaan di kawasan koloni ini telah mengalir ke Eropah.
f. Perkembangan Institusi Kewangan ( 3 markah )
- Kemunculan industri perbankkan telah berkembang di Eropah dan amalan riba mula
diterima oleh masyarakat.
- Institusi kewangan memberikan kemudahan pinjaman dan kredit ( pembayaran
melalui cek ) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal.
- Kesannya, muncul golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan
tanah dan pengusaha lombong.
- Sistem bank menguntungkan aktiviti melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran
wang. Ini mengalakkan perkembangan kapitalisme di Eropah.
- Contohnya keluarga Fuggers, Ausgurg dan Medici merupakan yang kaya dan
terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah.
g. Perubahan dalam Organisasi Perniagaan ( 3 markah )
- Dalam Zaman Pertengahan, perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan
keluarga.
- Kesatuan Tukang dan Kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih
mementingkan kebajikan sosial.
- Pada abad ke 16, mula berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dengan
menubuhan Syarikat Perniagaan Regulated dan Joint Stock.
- Ahli dalam Perniagaan Regulated mengeluarkan modal dan menanggung kerugian.
- Joint Stock ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham
awam dan diuruskan oleh badan pengarah.
- Syarikat England (1576) merupakan Syarikat Regulated yang berdagang di Laut
Baltik.
SULIT
9 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
- Syarikat Hindia Timur Inggeris (1660) merupakan Syarikat Joint Stock yang terkenal.
- Melalui modal yang besar, membolehkan syarikat menyediakan kemudahan
perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan.
- Adanya organisasi tersebut membuatkan sistem kapitalisme kukuh di Eropah.
Penutup ( 1 markah )
- Sejak berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, kegiatan ekonomi kapitalisme
kian pesat. Negara-negara di Eropah menjadi bertambah kaya dan menguasai
ekonomi dunia.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
5. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia.
Pengenalan ( 4 Markah )
1. Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan
yang terdapat pada batu bersurat, , tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
2. Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa.
3. Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif ( Mesir ) ideogram (Sumeria ) piktograf ( China )
dan Phoenicia ( Yunani )
4. Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol menjadi maksud tertentu.
5. Latar belakang tamadun awal.
Isi- Isi Jawapan ( 5 X 4 Markah )
1. Sistem Tulisan sebagai Catatan Pensejarahan
Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan
batu bersurat yang dikenali sebagai ¡¥Roseta Inskription¡¦ .Tulisan ini terdapat pada
dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan
ekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba.
2. Tulisan untuk Merekod Upacara Keagamaan
Penemuan rumah berhala ¡¥ziggurat¡¦ di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh
tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan
keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di
Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol
menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan
pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun
atau Amon-Re di Mesir.
3. Tulisan untuk Merekod Sistem Undang-Undang
Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan,
perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah
yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi
menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana
bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod
SULIT
10 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman
bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang
berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh
golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.
4. Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan ¡V Intelektual
Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi
ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan .
Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod
Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu
matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan
dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu ¡¥ table text¡¦ dan
¡¥problem text¡¦ oleh masyarakat di Mesopotamia.
5. Tulisan untuk Merekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian
Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan
dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman
Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang
dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu ¡¥The Poor Man of Nippur, The Lord of
Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant¡¦. Pada abad ke- 3 Sm
tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan.
6. Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran
Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur
besar besar ¡¥ Teracota¡¦ mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang
Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang
di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.
7. Tulisan untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan
Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang
semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang
pesanan.
8. Tulisan untuk Ketenteraan
Melalui teks-teks ¡¥Taittiriya Upanishad ¡¥ dan kitab-kitab rig-veda mencatatkan bahawa
raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat.
Kesimpulan ( 1m )
- Apa sahaja yang berkaitan
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
11 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.
1. Pendahuluan (3m)
a. Perkembangan dan kegemilangan aliran falsafah di China berlaku pada zaman
pernerintahan Chou Timur (770-221 S.M.) dan mencapai tahap kemuncak kegemilanga
pada zaman Warring States (zaman negeri-negeri berperang).
b. Keadaan politik yang tidak stabil diikuti oleh keadaan sosial dan ekonomi yang terjejas
menyebabkan kemunculan ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa
pemulihan berdasarkan prinsip moral.
c. Confucius atau Kung Fu-Tze ialah ahil falsafah Cina yang masyhur. Beliau dilahirkan
pada 551 SM dalam sebuah keluarga bangsawan di negeri Lu. Selepas kematian
ayahnya, Confucius terpaksa menyara diri dengan membuat kerja buruh. Seterusnya
Confucius menjadi guru dan mengajar tentang adat dan tradisi Cina. Confucius pernah
memegang jawatan Menteri Kehakiman dan Perdana Menteri di Lu. Setelah meletak
jawatan, Confucius mengembara ke seluruh China sambil mengajar dan menghadap
pembesar-pembesar feudal serta berusaha mengubah sikap mereka tetapi gagal.
Confucius kembali ke Lu dan menjadi guru. Akhirnya dia meninggal dunia pada tahun
479 SM.
d. Confucius berjaya kerana apa yang diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilainilai
yang didukung oleh Confucius seperti kebajikan dan kasih sayang merupakan
prinsip asas yang mengikat hubungan antara manusia.
e. Ajaran Confucius boleh diperoleh daripada dua buah buku, pertamanya buku Klasik
Confucius dan sebuah lagi yang disusun oleh pengikut-pengikutnya yang dinamakan Lu
Yu atau Analekta.
2. Isi-isi Jawapan (7 isi x 3m)
a. Sumbangan dalam pembentukan moraliti : Ajaran Confucius bukan agama tetapi
merupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawa
keamanan dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jika
setiap orang itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab itu
Confucius menasihati pembesar- pembesar feudal menamatkan peperangan antara
satu sama lain. Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan
mengikut peraturan maka keadaan negara akan aman.
b. Sumbangan dalam politik dan pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepada
persoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan
dan dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satu
falsafah politik yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme.
i. Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidak
berminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yang
bebas. Jika Humanisme Renaisance berusaha untuk membebaskan individu
SULIT
12 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
daripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untuk
memperkukuhkan semula feudalism dan autotarian.
ii. Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian
kuasa yang adil dan saksama.
iii. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti
menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat.
Tambahan pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusan
dari dari langit dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib.
Sekiranya raja dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini.
iv. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas,
tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama dengan
rakyat untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi
yang bermaksud kemanusiaan dan kewajipan.
v. Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan
pegawai harus taat.
c. Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup
seperti yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangan
dan sosial. Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistik
ahli-ahli falsafah tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan.
Contoh hukuman yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri.
d. Sumbangan dalam hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalah
mengenai keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat.
Manusia mesti mengikut _ perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan
yang harus diikuti oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satu
keadaan yang sesuai bagi kehidupan.
e. Sumbangan dalam hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat China
kebajikan kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu.
Bagi mereka manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan orang
lain adalah lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalam
hubungan kekeluargaan ini ialah:
„h Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus
berkewajipan terhadap orang tua.
„h Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus
tunduk dan dengar serta patuh.
„h Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hati
dan membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.
f. Sumbangan dalam hubungan individu dan masyarakat : Doktrin Confucius berpusat
kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius
berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral
yang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaranSULIT
13 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan
kehidupan sosial.
Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing daripada
masyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alam
masyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li).
Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajar
atau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain.
g. Sumbangan dalam perkembangan intelektual / ilmu pengetahuan : Penulisanpenulisan
utama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confucius
diisytiharkan sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaran
Confucius dikenali sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaik
dan suci. Selain itu, terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya,
iaitu Lu Yu atau Analekta.
Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah:
„h Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah lagu
Iagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkan
unsur-unsur moral.
„h Book of History pula mengandungi dokumen - dokumen sejarah dan separa sejarah
yang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.
„h Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasa
luar biasa.
„h Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius.
„h Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu
h. Sumbangan dalam keagamaan
Confucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti saling
menghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan
bertanggungjawab harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahap
budiman atau Chun Tze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran,
taat setia, mementingkan orang lain dan berperikemanusiaan.
Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenangan
terhadap nilai- nilai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademik
Confucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi
satu bentuk cult (state cult).
Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuil
Confucius dibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran.
Confucius mendapat gelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dan
keramat.
SULIT
14 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
3. Penutup (3m)
„h Tegasnya , Confucius menekankan bahawa dalam setiap hubungan perlu
dititikberatkan kejujuran dan kebaikan dan sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi
nescaya keadaan kucar-kacir akan wujud.
„h Penekanan aspek moraliti melahirkan masyarakat China yang teratur dan
mengukuhkan perjalanan kerajaan.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.
1. Pendahuluan (3 m )
b. Latar belakang Cheng Ho: Cheng Ho adalah seorang Muslim yang menjadi orang
kepercayaan Maharaja Yung Lo dari China (berkuasa tahun 1403-1424) dari Dinasti Ming.
Lahir sekitar tahun 1370 Masehi dan meninggal pada tahun 1432. Cheng Ho yang nama
asalnya adalah Ma He ¡V dalam Bahasa Arab adalah Muhammad Siddiq ¡V lahir dari keluarga
Cina Muslim kebanyakan di Provinsi Yunnan.
c. Ketika pasukan Ming menakluki Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dikembirikan
untuk menjadi sida-sida raja (hamba raja).
d. Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya
melakukan pelayaran ke negara di Selatan dan Barat.
e. Cheng Ho melakukan tujuh ekspedisi pelayaran ke berbagai daerah di Asia dan Afrika,
antara lain:Vietnam, Taiwan, Melaka, Sumatera, Jawa, Sri Lanka, India bahagian Selatan,
Persia, Teluk Persia, Arab, Laut Merah, ke utara hingga Mesir, Afrika, ke selatan hingga
Selat Mozambique
2. Isi-isi Jawapan (5 isi x 4 m = 20 m)
a. Sumbangan dalam pelayaran
- Peta-peta pelayaran Cheng Ho sangat berguna untuk pelayaran ke negara-negara Asia
dan Afrika.
- Peta pelayaran itu 20 halaman dan mengandungi gambar-gambar laluan pelayaran
Cheng Ho yang bertolak dari Nanjing ke pelbagai kawasan, pulau dan kota di negaranegara
Asia dan Afrika.
- Peta tersebut bukan sahaja merupakan peta dunia yang paling terperinci tentang Asia
dan Afrika di China pada abad ke-15, tetapi juga peta pelayaran ke Asia dan Afrika yang
paling awal terdapat di China. Sebagaimana diketahui Dao Yi Zhi Lue (Catatan tentang
Pulau-pulau di Luar Negeri) yang ditulis oleh Wang Dayuan pada tahun 1349 telah
menyimpulkan pengetahuan orang China tentang negara-negara seberang laut sejak
Dinasti Tang (608-907) dan Dinasti Song (960-1279). Namun jumlah nama tempat asing
yang tercatat dalam Dao Yi Zhi Lue tersebut hanya 1/3 daripada yang ada pada Peta
Pelayaran Cheng Ho.
b. Sumbangan dalam perdagangan antarabangsa
SULIT
15 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
- Menurut catatan buku sejarah China, barang yang dibawa ke Samudera Barat oleh
armada Cheng Ho termasuk kain sutera, tembikar, emas, perak, gangsa, alatan besi
untuk kegunaan sembahyang atau memasak, beras, kapur barus dan buku.
Sehinggakan sebahagian genting istana negera asing juga merupakan barangan yang
dibawa oleh Cheng Ho.
- Barangan yang dibawa pulang oleh armada Cheng Ho ke China termasuk mutiara,
intan, gading, singa, zirafah, rempah ratus seperti cengkih, kemenyan, tanduk-tanduk
haiwan liar Afrika, wangi-wangian, pelbagai jenis kain dan kayu.
- Di samping itu, pada zaman Dinasti Ming terdapat banyak rempah ratus yang dibawa
dari Melaka, Johor dan Pahang ke China.
c. Sumbangan dalam penyebaran Islam
- Dari tahun 1405 ke 1433, selama tujuh ekspedisinya, banyak catatan dan cerita di
negara-negara Asia Tenggara yang menggambarkan secara jelas bahwa Cheng Ho
memang membantu penyebaran Islam di sana.
- Robert Morrison (782-1843), seorang misionaris Inggeris, mengatakan, ¡§Di antara pulaupulau
di Asia Tenggara, Jawa adalah yang paling kaya. Di tahun 1405, seorang penyiar
Islam (Cheng Ho) memimpin tentaranya untuk memaksa penduduk setempat untuk
meninggalkan pemujaan berhala dan masuk ke dalam agama Islam.¡¨ Ini menjelaskan
bahawa pada awal abad 15, Cheng Ho benar-benar menyebarkan Islam di Jawa.
Bagaimanapun kenyataan bahawa Cheng Ho menggunakan kekerasan untuk
mengubah kepercayaan masyarakat tempatan kepada Islam adalah menyalahi
kebenaran sejarah kerana sehingga abad ini tidak ada artikel ataupun buku yang
mencatat kejadian kekerasan seperti yang dikatakan oleh Robert Morrison.
d. Sumbangan dalam membentuk hubungan diplomatik
- Laksamana Cheng Ho telah meletakkan landasan sejarah dalam hubungan diplomatik
China-Nusantara. Banyak contoh yang membuktikan bahwa kedatangan Laksamana
Cheng Ho dengan armadanya semata-mata untuk menyebarkan benih persahabatan,
Buktinya, setelah kedatangan Cheng Ho Melaka, hubungan diplomatik dan berbalas
utusan hadiah antara Melaka ¡V China telah diwujudkan.
e. Sumbangan dalam mengujudkan keamanan
- Memberantas lanun di Laut China Selatan demi melancarkan hubungan dan
perniagaan antara China dengan Nusantara. Pada masa awal Dinasti Ming, Laut China
Selatan tidak aman, sering diganggu oleh lanun. Di antaranya yang paling ganas
adalah lanun-lanun yang bermarkas di di Palembang pimpinan Chen Zu Yi. Pada tahun
1407 armada Laksamana Cheng He berhasil membasminya.
f. Memberikan jaminan keselamatam
- Membina perdamaian dan keadilan untuk menstabilkan situasi di kawasan Asia
Tenggara. Maharaja Ming menganggap dirinya sebagai ¡§Maharaja Sejagat¡¨ yang
berkewajiban membela perdamaian dan keadilan antarbangsa, maka ketika terjadi
persengketaan, negara yang berkaitan lebih suka mencari bantuan dari Maharaja Ming
untuk mendamaikannya. China pun selalu membela perdamaian dan keadilan dengan
berdiri di pihak yang lemah dan yang dicederakan, berusaha menyelesaikan
persengketaan dengan jalan damai tanpa menggunakan kekerasan. Dalam hal ini
Cheng Ho telah menggunakan kedudukannya untuk memberikan jaminan keselamatan
kepada kerajaan-kerajaan kecil daripada pencerobohan kerajaan besar seperti jaminan
keselamatan yang diterima Melaka.. Cheng Ho sendiri telah memberikan amaran
kepada siam supaya tidak mengganggu kesultanan Melaka.
SULIT
16 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
Penutup: (2 m)
Apa sahaja yang berkaitan
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
8. Buatkan perbandingan objektif dan pelaksanaan sistem pendidikan di Athens dan
Sparta.
Pendahuluan (3m)
a. Sejarah pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia, namun begitu bentuk dan
corak sistem pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat resam sesuatu
masyarakat.
b. Mengikut International Dictionary of Education, pendidikan keseluruhannya ialah suatu
proses yang membentuk abiliti dan sikap manusia, kedua ia adalah suatu proses sosial
dalam mana seseorang individu memperolehi keyakinan dan pertumbuhan individu yang
dijalankan melalui suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta diinstitusikan seperti
sekolah atau kolej.
c. Latarbelakang Negara kota Athens dan Sparta: Athens dan Sparta merupakan dua buah
negara kota Yunani yang paling menonjol.
i. Latar belakang Pemerintahan Athens
„h Muncul antara 800 ¡V 500SM.
„h Merupakan sebuah negara yang bercorak agraria atau mengutamakan
pertanian.
„h Pada peringkat awal pemerintahan Athens menggunakan sistem monarki /
beraja. Namun kekuasaan raja telah dirampas oleh golongan bangsawan
(golongan Patrician) lalu menukarkan Athens sebagai negara demokrasi.
„h Dalam sistem pemerintahan demokrasi di Athens, pemerintahan dilakukan
menerusi tiga institusi pemerintahan iaitu Assembly, Caunsil, Majisteret dan
Juri.
ii. Latar Belakang Sparta
„h Muncul antara 800-500SM
„h Mengamalkan pemerintahan yang bercirikan autoritarian dan menggunakan
sistem monarki terhad serta oligarki (pemerintahan oleh beberapa orang).
„h Institusi pemerintahannya ialah institusi raja (2 orang), Dewan Perhimpunan,
Majlis Orang Tua dan Ephors.
d. Sparta dan Athens mempunyai objektif pendidikan yang berbeza dari segi dasar,
matlamat dan perlaksanaan.
SULIT
17 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
Isi-Isi Jawapan:
1. Objektif Pendidikan Athens dan Sprata ( 4 isi x 2mkh = 8 Markah)
Bil. Athens Sparta
1. melahirkan warga negara yang
berguna dan sempurna dari aspek
mental dan fizikal
Melahirkan tentera yang kuat dan lasak
untuk memenuhi kehendak negaramemperluaskan
wilayah
2. Mendidik kanak-kanak menjadi
seorang yang berani, tunduk dan
patuh kepada pemimpin dan negara
Mendidik kanak-kanak yang sihat sebagai
kadet tentera. Kanak-kanak yang cacat
dibiarkan mati atau diserahkan kepada
Helots
3. Mengasah bakat, potensi dan intelek
kanak-kanak unuk berfikiran inovatif/
terbuka
Mengkongkong pemikiran rakyat dan tiada
kebebasan intelek.
4. Mengabdikan diri pada kerja-kerja
kebajikan
30 tahun berkhidmat di sempadan selepas
itu mendapat hak menjadi warga negara
yang bebas
5. Meningkatkan intelektual rakyat
menjadi ahli falsafah dan sofis
Menjadi rakyat yang sanggup berkorban
nyawa untuk negara
2. Perlaksanaan Pendidikan Athens dan Sprata
a. Pelaksanaan Pendidikan Athens (6m)
i. Dalam memenuhi dasar pendidikan lama Athens, langkah ¡V langkah telah
dilaksanakan.
„h Kanak ¡V kanak yang berusia antara 1 ¡V 8 tahun akan diletakkan di bawah
pengawasan ayah/keluarga, ketua kaum atau kuil. Kanak ¡V kanak perempuan
pula akan menimba ilmu dari ibu.
„h Kanak ¡V kanak yang berusia antara 8 ¡V 16 tahun ke sekolah yang pelbagai.
Antaranya ialah sekolah Tatabahasa yang mengajar menulis, membaca dan
mengira. Sekolah Muzik mengajar kecapi dan seruling, Sekolah Gimanstik yang
menekankan sukan dan permainan. Matlamat akhir pendidikan adalah untuk
membentuk individu yang seimbang dalam pertumbuhan minda, jiwa dan fizikal.
„h Mereka yang mencapai usia 16 ¡V 18 tahun pula akan gimanasium dan di situ
mereka diajar atlet dan aspek ketenteraan.
ii. Pendidikan Athens Zaman Baru : Dasar pendidikan di Athens pada zaman Baru
adalah untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka dengan mengamalkan nilai
individulisme. Untuk memenuhi falsafah hidup baru ini, pendidikan zaman baru
berorganisasikan seperti di bawah ini;
„h Sekolah Rendah untuk kanak ¡V kanak berumur 7 ¡V 13 tahun dan penekanan
kepada pembacaan, penulisan, arimetik dan nyanyian. Pengajarnya dikenali
sebagai Sofis.
SULIT
18 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
„h Sekolah Menengah atau Akademik : untuk kanak ¡V kanak berusia 13 ¡V 16 tahun
dan penekanan kepada geometri, lukisan, muzik, tatabahasa dan retorik.
„h Pendidikan Tinggi atau Universiti : selepas usia 16 tahun ¡V subjek diubah dari
ketenteraan kepada kesusasteraan. Tujuannya adalah untuk menyediakan
individu kepada kerjaya awam.
- Banyak sekolah falsafah dan retorik dibentuk.
- Universiti Athens adalah gabungan sekolah falsafah.
- Pendidikan tinggi berkembang ke Alexanderia dan kawasan ¡V
kawasan lain.
„h Pendidikan Zaman Baru dipengaruhi oleh perubahan ¡V perubahan yang berlaku
dalam masyarakat selepas Perang Parsi. Masyarakatnya kini lebih terbuka,
warganegara baru yang sukakan kesenangan dan mementingkan
perkembangan individulisme.
b. Pelaksanaan Pendidikan Sparta (6 markah)
i. Dalam memenuhi dasar pendidikan Sparta untuk membentuk disiplin individu dan
ketahanan negara maka antara langkah yang telah dilaksanakan seperti anak ¡V
anak yang dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak berupaya dihapuskan. Kanak ¡V
kanak yang berusia 8 ¡V 18 tahun dan belia dikehendaki tinggal di berek dan mereka
dilatih untuk membina ketahanan diri. Latihan mereka termasuklah aktivit sukan
seperti berlari, melompat, melempar cakera, lembing, bergusti dan latihan-latihan
tempur pada setiap hari. Apabila kanak ¡V kanak mencapai usia 18 ¡V 20 tahun,
mereka diberikan latihan ketenteraan yang profesional. Dalam usia 20 ¡V 30 tahun,
mereka ditugaskan diperbatasan. Apabila mencapai usia 30 tahun, mereka dipaksa
untuk berkahwin.
ii. Mengamalkan dasar pendidikan khusus untuk wanita bagi melahirkan anak yang
sihat seperti menyediakan tempat latihan fizikal. Bagaimanapun mereka tidak
menjalani latihan diberek tentera, sebaliknya mendapat pendidikan di rumah
daripada kaum ibu dan latihan yang mereka terima lebih kepada latihan
sukan,menari dan menyanyi.
3.Penutup ( 2 M )
Dasar pendidikan Sparta dan Athens mempunyai perbezaan yang jelas. Pendidikan Sparta
hanya bermotifkan untuk melahirkan individu yang lasak untuk berkhidmat dalam
ketenteraan. Di Athens pula, ia terbahagi kepada dua zaman dengan dasar yang berbeza.
Pada Zaman Lama, ia menekankan konsep yang memenuhi kehendak minda, jiwa dan
fizikal. Kekuasaan intelektual ( intelectual power ) bukan objektif pendidikan zaman ini. Ia
hanya menekankan kesederhanaan dalam segala hal dan matlamat akhir adalah untuk
berkhidmat dalam negara kota. Pada Zaman Baru pula ia lebih bersifat universal dan
menekankan penghargaan terhadap keindahan alam, kesenian dan sastera, perkembangan
intelektual, pembentukan moral, kebebasan politik dan kemajuan sosial. Pendidikan zaman
ini memberi kebebasan untuk menentukan nilai moral, mengutarakan idea ¡V idea agama
dan tugas ¡V tugas kebajikan atau hak dan tanggungjawab warganegara.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
19 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
Bahagian B
9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah
s.a.w di Madinah.
Pendahuluan (3m)
1. Hijrah bermaksud ¡¥pindah¡¦. Dalam kontek sejarah perkembangan Islam ia bermaksud
perpindahan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah berikutan banyaknya
halangan untuk menjadikan Mekah sebagai tapak perkembangan Islam, terutama dalam
bentuk penentangan Quraisy. Dari segi istilah ia membawa makna perpindahan dari suatu
keadaan yang tidak diredhai ke keadaan yang sentiasa diredhai Allah.
2. Latarbelakang hijrah ¡V berlaku pada 622M iaitu selepas 13 tahun Nabi Muhammad s.a.w
dilantik sebagai Rasulullah.
3. Faktor-faktor hijrah seperti penerimaan wahyu, tentangan dan kekejaman Quraisy, implikasi
Perjanjian Aqabah, keinginan mencari tapak baru bagi penyebaran Islam dll.Rasulullah
s.a.w. berhijrah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah dan hanya berhijrah setelah
menerima wahyu yang menerangkan mengenai komplot Quraisy untuk membunuh baginda.
Jika rancangan Quraisy ini berjaya, perkembangan Islam boleh tersekat.
4. Penghijrahan ke Madinah pada 622M iaitu setelah 13 tahun kerasulan baginda amat
penting dalam perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Setelah berlakunya
hijrah ini, banyak perubahan berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan Islam.
Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m)
1. Kepentingan Keagamaan
- Pengislaman Madinah: Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan di Madinah. Madinah
berkembang sebagai pusat penyebaran Islam.
- Perubahan arah kiblat
- Permulaan ibadat zakat dan puasa
- Penyebaran Islam: Islam telah dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab dalam suasana
yang lebih aman dan mudah. Untuk tujuan tersebut, Rasulullah s.a.w telah menjalin
hubungan dengan kuasa-kuasa dan kabilah-kabilah Arab luar Madinah dengan cara
menghantar utusan-utusan dakwah kepada mereka.
- Wahyu yang baginda terima lebih menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan
manusia.
- Kebebasan beragama dapat diwujudkan di Madinah.
2. Kepentingan Politik
- Hijrah telah menyebabkan terbentuknya Negara Islam Madinah. Kewujudan Negara
Islam ini membolehkan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara, keamanan umat
SULIT
20 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
Islam terjamin, dasar-dasar Islam dapat dilaksanakan dan Islam di Madinah dapat
memberikan saingan kepada Quraisy di Mekah.
- Perlantikan baginda sebagai ketua negara membuktikan bahawa baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan.
- Piagam Madinah yang dibentuk oleh baginda juga telah membolehkan usaha-usaha
penyebaran Islam, penyatuan kaum dsb dilaksanakan dengan mudah
- Berlaku juga pertukaran kuasa politik Tanah Arab dari Mekah ke Madinah.
- .Kewujudan keamanan kerana negara Islam yang ditubuhkan oleh baginda tidak
didasarkan kepada keturunan, sebaliknya pada dasar persamaan kepercayaan dan
persaudaraan Islam. Keamanan yang diharapkan oleh para penduduk Madinah
sebelumnya ternyata berjaya diwujudkan.
3. Kepentingan Sosial
- Penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai keturunan dan
kepercayaan.menerusi semangat persaudaraan Islam dan Piagam Madinah. Rasulullah
s.a.w. juga berjaya mengubah corak corak kehidupan masyarakat Madinah dan
menyatupadukan mereka. Piagam Madinah yang digubal atas dasar ajaran-ajaran
Islam telah berjaya mengatasi pelbagai masalah sosial. Semua umat Islam telah baik
golongan Ansar (Auz dan Khazraj) dan Muhajirin (yang berpindah dari Mekah), hidup
dalam satu kesatuan ummah dan semangat persaudaraan Islam, saling bantumembantu
dan tiada perbezaan taraf. Sementara golongan bukan Islam seperti orangorang
Yahudi pula telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya.
- Pembinaan masjid sebagai institusi ibadat dan sosial Islam telah mengeratkan
hubungan sesama Islam.
4. Kepentingan Ekonomi
- Ekonomi: Madinah mula menjadi pusat perdagangan utama Tanah Arab yang
seterusnya telah menjejaskan peranan yang selama ini dipegang oleh Mekah Umat
Islam Madinah juga berjaya menguasai laluan perdagangan di antara selatan (Mekah
dan Yaman) dan utara (Syam). Penguasaan ini juga telah menjadi faktor utama
meletusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Quraisy.
5. Kepentingan Pertahanan dan Ketenteraan
- Hijrah ke Madinah telah membolehkan Rasulullah s.a.w. membentuk umat Islam yang
lebih kuat dan mantap. Buktinya Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah berjaya
menewaskan Quraisy dan sekutu-sekutunya dalam beberapa peperangan.
- Dari sudut ketenteraan, baginda berjaya membina pasukan tentera dalam tempoh yang
singkat. Hanya setelah dua tahun berhijrah, sebuah pasukan tentera Islam berjaya
ditubuhkan, berbanding ketika 13 tahun berada di Mekah,
- Musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan. Musuh-musuh Islam baik di luar mahupun di
dalam Madinah berjaya dibersihkan. .
6. Permulaan Kejatuhan Quraisy
- Perjanjian Hudaibiyah merupakan antara peristiwa penting setelah peristiwa hijrah.
Tindakan Quraisy yang mengusulkan dan mengusahakan pementeraian perjanjian
tersebut menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf baginda sebagai Rasulullah
s.a.w., mengiktiraf kewujudan Islam, mengiktiraf kewujudan negara Islam dan mengiktiraf
Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara dan umat Islam. Semua pengiktirafan ini tidak
baginda perolehi ketika masih berada di Mekah.
SULIT
21 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
- Perluasan kuasa dan pengaruh Islam sekaligus menyebabkan kejatuhan pengaruh
Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w. dan umat Islam bergerak ke Mekah untuk
membukanya sebagai kota Islam sebagai akibat dari tindakan Quraisy yang melanggar
Perjanjian Hudaibiyah, pihak Quraisy telah gagal menghalangnya kerana kedudukan
mereka yang telah lemah itu.
Penutup (2m)
- Peristiwa hijrah pada 622M jelas telah menyebabkan pengaruh Islam berkembang
sehingga Islam menjadi kuasa tunggal di Tanah Arab. Ini membuktikan bahawa
Hijrah merupakan satu strategi dalam usaha untuk memperkembangkan Islam.
- Kedudukan Islam terus dimantapkan oleh para pengganti Rasulullah s.a.w.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
10. Jelaskan kandungan Piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosiopolitik
masyarakat di Madinah.
Pengenalan : ( 3 markah )
a. Latar belakang Piagam Madinah - Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun
ke-2H, merupakan perlembagaan bertulis yang tertua di dunia walaupun sebelum
kemunculan tamadun Islam telahpun wujud pelbagai tamadun dunia lain seperti
Mesir, Yunani, Rom dan sebagainya. Piagam Madinah berbeza dari tulisan ¡V tulisan
peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu
Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk
Madinah. Piagam ini merupakan satu undang ¡V undang tertinggi di Madinah, selain
itu Al ¡V Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia
berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi
amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen
Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak ¡V kanak raja. Ia
juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan
pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya, yang hanya menjadi buku teks
pembelajaran untuk anak ¡V anak raja waktu itu;
a. Syahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian
pertama mengandungi 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal
membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam
Madinah. Di dalam Perlembagaan Madinah ini telah digariskan beberapa prinsip umum
tentang dasar pentadbiran masyarakat (ummah) dan negara Islam Madinah yang
dianggotai oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan, mengikut keperluan semasa.
Isi-isi Jawapan:
1. Kandungan Piagam Madinah ( 5 markah )
- Agama Islam menjadi asas kepada Piagam Madinah
- Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai ketua negara dan ketua hakim.
- Keselamatan orang Islam dan bukan Islam adalah dijamin di Madinah.
SULIT
22 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
- Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah.
- Setiap masyarakat Madinah sama ada Islam atau pun tidak harus bekerjasama untuk
memajukan ekonomi Madinah.
- Semua penduduk Madinah bertanggungjawab mempertahankan Madinah dari musuh.
2. Kesan PM kepada penyelesaian penduduk Madinah (5 isi x 3m)
a. Penyelesaian masalah penyatuan penduduk yang berbilang keturunan dan
kepercayaan.
- Piagam Madinah telah mendamaikan permusuhan suku-suku Arab yang telah lama
berlaku. Suku Auz dan Khazraj hidup aman dalam persaudaraan Islam.
- Sesama Islam digalakkan saling bantu-membantu, hidup secara aman dan ditegah
membantu musuh untuk menyerang sesama Islam..
- Orang ¡V orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman
dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan
berpihak kepada musuh ¡V musuh Islam.
b. Penyelesaian masalah keagamaan
- Perlembagaan ini membolehkan syariah Islamiah dilaksanakan di Madinah secara
total. Pelaksanaan syariah Islamiah merupakan matlamat utama penegakan negara
Islam. Syariah Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara
Islam.
- Kebebasan beragama ¡V umat Islam dan bukan Islam bebas untuk mengamalkan
kepercayaan masing-masing ¡V memberi peluang kepada umat Islam dan bukan
Islam untuk bergaul dan sekaligus menarik minat mereka kepada Islam.
c. Penyelesaian masalah keamanan dan keselamatan
- Fungsi Syahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman,
mencegah jenayah, maksiat dan kemungkaran dll.
- Semua penduduk bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan
negara ¡V tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Islam sahaja.
- Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan
juga mempertahankan negara dari ancaman luar.
- Jaminan keselamatan ke atas semua penduduk selagi mereka mematuhi perjanjian /
perlembagaan tersebut.
- Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana ¡V mana
pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum
seberat ¡V beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.
d. Penyelesaian masalah kepimpinan kota Madinah
- Pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua
negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.. Sebagai ketua negara baginda
mempunyai kuasa di dalam urusan pemerintahan negara dan sebagai ketua agama
bagi umat Islam. Bagaimanapun setiap ketua kaum mempunyai hak untuk
menyelesaikan masalah dalam kaum masing-masing.
- Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, Madinah sebagai
negara Islam dan Nabi sebagai Rasulullah s.a.w.
SULIT
23 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
e. Penyelesaian masalah perhubungan antara Islam dan bukan Islam (Yahudi)
- Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah
masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama
terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota syahifah hendaklah menjalin
hubungan yang erat sesama mereka tidak kira agama atau asal keturunan.
Umpamanya umat Islam tidak boleh membiarkan saudara-saudara mereka dibebani
hutang. Mereka mesti menolong dengan jalan yang benar apabila timbul soal-soal
membayar tebusan wang dan darah.
- Penganut Islam dan Yahudi mestilah hidup bersama di dalam bentuk
kewarganegaraan dengan hak yang sama dalam lingkungan konsep ummah.
- Terhapusnya ancaman Yahudi sebagai musuh dalam selimut dalam kerajaan Islam.
Golongan Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa¡¦ yang
mengkhianati Madinah telah dapat dihapuskan kerana mengkhianati Syahifah
Madinah yang telah mereka persetujui. Contohnya apabila mereka membantu pihak
Quraisy dalam Perang Ahzab (5H).
f. Penyelesaian masalah perundangan:
- Wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sumber utama
undang-undang negara.
3. Penutup: ( 2 m )
- PM ternyata satu wadah berkesan mengatasi pelbagai masalah penduduk Madinah.
- Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafa ar-Rasyidim terus mengamalkan politik
Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Syahifah Madinah juga dikekalkan. Ini
terbukti dengan beberapa tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengatasi
golongan-golongan yang mengancam kedaulatan negara Islam. Namun begitu
beberapa pertambahan struktur pentadbiran telah dilakukan, tetapi tidak
bertentangan dengan Islam dan Syahifah Madinah.
- Apa sahaja yang berkaitan.
¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K¡K
SULIT
24 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
11. Penerimaaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan
pelbagai reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan
bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak
Islam.
Pendahuluan (3m)
a. Perjanjian Hudaibiyah (PH) merupakan perjanjian damai antara Islam (diwakili
Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy Mekah (diwakili Suhail b. Amru) pada Zulkaedah 6H
atau Mac 628M di perkampungan Hudaibiyah (pinggir Mekah).
b. Peristiwa-peristiwa ke arah perjanjian:
„h Keinginan Rasulullah s.a.w dan kira-kira 1500 orang pengikut untuk
melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Mekah.
„h Salah anggap Quraisy dan tindakan cuba menghalang kedatangan umat Islam
dengan menghantar tentera pimpinan Khalid al-Walid ¡V Rasulullah
menggunakan laluan lain.
„h Peristiwa Bai¡¦ah ar-Ridwan
Isi-isi Jawapan
1.Kandungan Perjanjian (3m)
i. Gencatan senjata selama 10 tahun.
ii. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain.
iii. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan lain.
iv. Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin walinya
hendaklah dikembalikan ke Mekah.
v. Pengikut nabi yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak perlu
dikembalikan ke Madinah
vi. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun tersebut tetapi
dibenarkan pada tahun berikutnya ( 7 H ) dengan syarat melaksanakan ibadat haji
tidak lebih 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan memasuki Mekah
setelah Quraisy keluar dari kota tersebut.
SULIT
25 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
2.Kemenangan-kemenangan yang pihak Islam perolehi. (6 isi x 3m)
a. Jaminan Allah: Firman Allah dalam Surah al-Fath : ¡§Sesungguhhnya Kami telah
memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi keampunan
kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta
menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus¡¨ (Ayat
1-2). Wahyu di atas Rasulullah saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke
Madinah setelah selesainya PH dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah
dengan tindakan Rasulullah s.a.w mempersetujui kandungan PH yang dikemukakan oleh
Quraisy kerana pada pandangan umat Islam PH seolah-olah memberi kemenangan
kepada Quraisy.
b. Kemenangan dari sudut pengikhtirafan iaitu Quraisy mulai mengakui kewujudan ugama
Islam, mengikhtiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul dan mengakui kewujudan
Negara Islam ¡V sebelumnya Quraisy tidak mengikhtiraf kewujudan Islam dan kerasulan
baginda . Ini menjatuhkan kedudukan dan maruah Quraisy.
c. Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10 tahun
membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatik dengan kabilahkabilah
/ kerajaan luar dan menyampaikan Islam kepada mereka. Utusan-utusan
diplomatik dihantar ke seluruh Tanah Arab,Kerajaan Byzantine dan Yaman. Hasilnya
berlaku pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari 1500 kepada
10000 orang. Ramai pemimpin Quraisy juga mula menerima Islam. Antaranya ialah
Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut Quraisy mulai merosot.
d. Gencatan senjata juga telah mengujudkan keamanan dan ia memberi kesempatan
kepada Rasulullah s.a.w untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mengatasi
masalah yang timbul.
e. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian: Tindakan mengembalikan
semula umat Islam ke Mekah kerana pengislaman mereka tidak mendapat izin walinya
juga menguntungkan Islam kerana jika mereka telah menjadi Islam sejati mereka dapat
menyebarkan Islam di Mekah dan boleh menjadi pengintip terhadap sebarang
perancangan Quraisy untuk menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan apabila
Quraisy mendapati ia merugikan Quraisy, terutama apabila Abu Basyar yang
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Mekah (untuk mematuhi
perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk mengganggu perjalanan
kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara Mekah dan Syam. Akibatnya ekonomi
Mekah mengalami kemerosotan dan akhirnya Quraisy sendiri yang meminta syarat ini
digugurkan.
f. Membersihkan musuh dalaman: Syarat yang mengkehendaki agar orang-orang Islam
yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak dikembalikan ke Madinah juga
menguntungkan Islam kerana ia sekaligus dapat membersihkan ¡¥musuh dalam selimut¡¦.
g. Kebenaran menunaikan ibadat haji: Pada tahun berikutnya umat Islam telah dibenarkan
menunaikan ibadat haji di Baitullah. Kebenaran ini amat besar ertinya setelah tujuh tahun
mereka tidak melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah
laku mereka sentiasa dicuri pandang oleh Quraisy yang semakin berbelah bagi terhadap
kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin ramai orang Mekah
SULIT
26 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
tertarik kepada Islam termasuk pemimpin Quraisy sendiri yang sebelumnya begitu kuat
menentang Islam seperti Khalid al-Walid.
h. Pembukaan kota Mekah sebagai kota suci Islam. Kemenangan seterusnya ialah berikutan
tindakan Quraisy mencabuli syarat yang menetapkan larangan menceroboh mana-mana
pihak atau sekutunya. Pada 8H Quraisy secara sengaja telah membantu sekutunya iaitu
Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam iaitu Bani Khuzaah. Quraisy sengaja
melakukan tindakan tersebut setelah menyedari segala kandungan perjanjian yang
mereka tetapkan sebenarnya lebih menguntungkan Islam. Tindakan Quraisy itu
menyebabkan Rasulullah s.a.w. berserta kira-kira 10000 orang umat Islam bergerak ke
Mekah dan akhirnya berjaya menawannya.
3.Penutup (1m)
i. Perjanjian Hudaibiyah merintis kea rah pembukaan Mekah pada 8H
ii. PH membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. berpandangan jauh.
iii. Tentangan dan pengaruh Quraisy lenyap setelah Mekah ditakluki Islam.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
12. ¡§Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam¡¨. Bincangkan sejarah, fungsi
dan pelaksanaan zakat dari zaman Rasullah s.a.w hingga pada zaman Bani Umaiyah.
A. PENDAHULUAN : ( 3markah )
„h Dari segi bahasa zakat bermaksud penambahan dan penyuburan pahala serta
penyucian jiwa. Dari segi syarak pula, zakat ditakrifkan sebagai mengeluarkan harta
mengikut kadar tertentu berdasarkan syariat yang telah ditentukan. Kewajipan
mengeluarkan zakat telah disebut sendirian sebanyak 32 kali dan sebanyak 26 kali
beriringan dengan kewajipan menunaikan solat di dalam al-Quran.
„h
B. Isi-Isi Jawapan : (20 markah )
1. Sejarah perlaksanaan zaka)t (3isi x 2 markah =6 markah)
„h Bermula sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada zaman Rasulullah telah ada
amalan sedemikian. Dalam Al Quran, Allah telah menyebut beberapa Nabi dan Rasul
terdahulu yang melaksanakan zakat. Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi
Ismail dan Nabi Isa.
„h Peringkat kedua perlaksanaan zakat dapat dilihat sebelum penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w. ke Madinah. Pada masa ini zakat dikaitkan dengan amalan tolongmenolong
golongan bangsawan terhadap golongan miskin khususnya pada awal
penyebaran Islam. Contohnya Siti khadijah dan Abu Bakar As Siddiq yang banyak
mendermakan harta mereka demi perjuangan Islam. Cuma pengeluaran zakat pada
SULIT
27 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
ketika ini hanya bertaraf piihan tanpa dihadkan kadar nisab dan jenis harta benda yang
hendak dikeluarkan.
„h Pada 2 H, zakat mula difardukan ke atas setiap umat islam antara bulan Syaaban
hingga Syawal. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan agar umat Islam menunaikan zakat.
2. Fungsi Zakat (3 isi x 3 markah =6 makah)
„h Dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia daripada sifat bakhil, sombong,
mementingkan diri dan sayangkan harta. Dengan mengeluarkan zakat dapat
melahirkan masyarakat yang aman dan saling bantu membantu.
„h Zakat juga menguji golongan kaya agar bersifat pemurah, tolong menolong terhadap
golongan yang kurang berada.
„h Zakat mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dengan golongan miskin
dan merapatkan jurang sosial antara mereka. Golongan miskin tidak akan merasa
cemburu dan rendah diri. Manakala golongan kaya pula dapat membantu dan
menandakan kesyukuran terhadap harta yang mereka miliki.
„h Zakat dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan hak orang
lain. Mengikut Islam, harta yang dimiliki apabila genap tempoh masa dan jumlahnya
perlulah mengeluarkan sebahagian hartanya untuk diagihkan kepada yang berhak.
3. Pelaksanaan zakat. (4 isi x 2 markah = 8 makah)
„h Pada zaman Rasulullah, zakat diwajibkan pada 2 H. Zakat terbahagi kepada dua iaitu
zakat fitrah dan zakat harta benda. Zakat fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke
atas orang Islam pada akhir bulan Ramadhan setiap tahun. Zakat ini diwajibkan
kepada semua peringkat umur. Zakat harta benda ialah zakat yang dikeluarkan oleh
mereka yang mempunyai harta dengan kadar tertentu. Harta yang diwajibkan zakat
ialah tanaman, binatang ternakan, emas, perak, barangan perniagaan dan harta rikaz.
„h Zakat diberikan kepada 8 asnaf iaitu golongan fakir, miskin, mualaf, orang berjihad,
orang berhutang, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, musafir dan amil.
„h Pada zaman Abu Bakar as- Siddiq, beliau telah bertindak tegas dengan golongan yang
enggan membayar zakat ( Gerakan ar-Riddah) seperti di Yaman, Bahrin dan Oman.
Beliau telah membentuk 11 pasukan tentera yang diketuai oleh Khalid bin al- Walid
untuk memerangi golongan tersebut.
„h Semasa Khalifah Umar al-Khattab, hasil pungutan zakat bertambah berikutan jumlah
orang Islam kian meningkat. Ekoran perluasan kuasa pemerintahan kerajaan Islam
semasa Umar. Amil dilantik untuk memungut zakat dan disimpan dalam Baitul Mal
sebelum diagihkan.
„h Semasa zaman Bani Umayyah, Diwan al-Kharaj ditubuhkan untuk menyelaras
pemungutan zakat. Semasa Umar Abdul Aziz, masyarakat disarankan untuk bekerja
keras dan tidak boleh mengharapkan belas kasihan orang lain. Sehingga dilaporkan
tiada orang yang berhak menerima zakat pada zaman pemerintahannya. Zakat pada
zaman Umaiyyah dibahagikan kepada lima iaitu zakat emas dan perak dikenakan
2.5%, zakat binatang ternakan dan barang perdagangan 2.5%, harta rikaz dan galian
dibumi perang 1/5 dan dibumi aman 2.5%, zakat tanaman dan buahan jika
menggunakan siraman hujan sebanyak 1/10, manakala menggunakan siraman sendiri
kadarnya 1/20, kadar zakat di zaman ini bergantung kepada keuntungan, hak milik dan
SULIT
28 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
peralatan pertanian. Sekiranya jika ada yang enggan melaksanakan zakat akan
dikenakan hukuman mengikut syarak.
3. Kesimpulan ( 2 markah )
„h Zakat amat penting sebagai sumber pendapatan negara. Ia bukan sahaja dapat
mewujudkan suasana yang muhibah bahkan dapat menguatkan tahap keimanan umat
Islam. Ia juga dapat menyucikan diri daripada sifat tamak haloba.
13. Bandingkan sistem pendidikan di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan
Islam.
Pendahuluan (3 markah)
Perkembangan sistem pendidikan di Alam Melayu dapat di kesan sejak sebelum kedatangan
agama Islam. Sistem pendidikan sebelum kedatangan agama Islam dipengaruhi oleh agama
Hindu-Buddha. Selepas kedatangan Islam, lahir sistem pendidikan yang sistematik dan
terancang. Kedatangan Islam memulakan era baru dalam sistem pendidikan di Alam Melayu
yang menyaksikan kelahiran ramai golongan intelektual. Perkembangan lni menyebabkan
berlaku kemajuan dalam pelbagai bidang intelektual.
Isi ¡Visi Jawapan ( 5 isi x 4 markah = 20 markah)
1. Matlamat pendidikan
Perbezaan dalam sistem pendidikan di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam
dapat dilihat dan segi matlamat pendidikan. Sebelum kedatangan Islam, matlamat pendidikan
adalah mengagungkan golongan pemerintah dan bangsawan. Pendidikan juga bertujuan untuk
mengajar bahasa Sanskrit dan agama Buddha. Untuk tujuan tersebut, karya-karya Hindu
berasaskan. Epik Ramayana dan Mahabharata diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa Kuno dan
Bali. Pendidikan juga bertujuan melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang berwibawa. Selain
itu, pendidikan juga bertujuan melahirkan rahib- rahib Buddha. Menurut I-Tsing, Srivijaya
merupakan pusat latihan rahib-rahib Buddha yang terulung pads abad ke-6 S.M.
Selepas kedatangan Islam, matlamat pendidikan mengalami perubahan. MatIamat pendidikan
selepas kedatangan Islam adalah melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak dan budi pekerti
mulia. Selaras dengan objektif ini, tumpuan diberikan kepada pembeiajaran ilmu agama
seperti membaca kitab suci al-Qur'an. Pendidikan juga bertujuan melahirkan pelajar-pelajar
yang mempunyai pengetahuan agama supaya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan.
SULIT
29 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
2. Kurikulum
Perbezaan antara sistem pendidikan sebelum dan selepas kedatangan Islam juga jelas ketara
dalam aspek kurikulum. Sebelum kedatangan Islam, kurikulum menekankan penmbelajaran
bahasa Sanskrit dan kitab-kitab Hindu-Buddha. Antara teks-teks yang dipelajari termasuklah
Narayanatha Rvasirpanisad dan Veda Parikrama Sarasamkitakirani. Teks-teks ini
mengandungi maklumat tentang amalan pemujaan harian dan mantera. Teks Jawa-kuno dan
Bali seperti Sang Hyang Kamahayanikan, Sumanasantaka Harisraya, Arjunavijaya, Harivamsa
Smaradahana dan Bhomakavya turut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berbanding dengan kurikulum sebelum kedatangan Islam kurikulum pendidikan Islam
menekankan ilmu agama dan nahu Arab. Kurikulum pendidikan di masjid dan madrasah
meliputi bacaan al-Qur'an, Fardu Ain, Qasidah, Fikah, Usuluddin, Tasawuf, Hadis, Tafsir,
Tajwid, pelajaran sembahyang dan ibadat lain. Kurikulum di Rangkang pula meliputi semua
cabang ilmu kalam, falsafah, tasawuf, tajwid, Al-Quran, hadis tatabahasa Arab dan lain-lain.
Sementara itu, kurikulum di pusat pengajian tinggi seperti Jamiah Bait al-Rahman tidak
tertumpu kepada bidang agama tetapi juga ilmu-ilmu sekular seperti pentadbiran, perubatan,
pertanian, matematik, pertukangan besi, undang-undang dan ilmu peperangan.
3. Institusi Pendidikan
Perbezaan juga jelas ketara dalam institusi pendidikan. Sebelum kedatangan Islam, institusi
pendidikan di Alam Melayu terdiri daripada institusi pendidikan tidak formal dan institusi
pendidikan formal. Institusi keluarga merupakan institusi pendidikan tidak formal yang penting.
Institusi keluarga berperanan dalam mendidik anak-anak tentang nilai budaya, adat istiadat,
pantang larang serta kemahiran dalam pertukangan serta pekerjaan lain. Institusi pendidikan
formal yang muncul pada zaman ini terdiri daripada pusat-pusat pengajian Hindu-Buddha.
Pusat-pusat pengajian terdiri daripada istana dan kraton diraja yang didominasikan oleh
golongan bangsawan. Pada zaman Hindu-Buddha juga muncul institusi pengajian tinggi
Buddha di Alam Melayu. Institusi pengajian tinggi Buddha yang terkenal di Alam Melayu pada
abad ke-6 M ialah Srivijaya. Srivijaya merupakan pusat latihan rahib- rahib Buddha. Antara
rahib ¡Vrahib Buddha yang pernah menerima latihan di Srivijaya ialah Dharmapala, Vajrabodhi
dan Amoghavajra.
Selepas kedatangan Islam institusi pendidikan terdiri daripada institusi pendidikan formal dan
tidak formal. Sebelum kemunculan pendidikan formal, kanak- kanak mendapat pendidikan
secara tidak formal. Kanak-kanak mendapat bimbingan daripada ibu bapa . Selepas
kedatangan Islam, muncul banyak institusi pendidikan seperti rumah ulama, masjid, madrasah,
sekolah pondok dan istana raja. Istana di Melaka, Acheh dan Pasai memainkan peranan
SULIT
30 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
sebagai pusat pengajian, penterjemahan pengumpulan karya dan pusat pertemuan golongan
cendekiawan. Masjid, surau dan madrasah juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian
formal. Selain itu, sekolah- sekolah pondok juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian
Islam kepada rakyat jelata. Pelajar-pelajar sekolah pondok akan melanjutkan pelajaran ke
Makkah. Sementara itu, Rangkang merupakan institusi pendidikan yang mempunyai tingkatan .
Pelajar di sekolah ini didedahkan dengan subjek ilmu kalam, falsafah, tasawuf, taj'wid, al-
Qur'an, hadis dan tatababasa Arab .Terdapat juga institusi pendidikan tinggi seperti Jamiah
Bait al-Rahman yang menawarkan subjek agama dan sekular.
4. Bentuk Pendidikan
Perbezaan seterusnya dapat dikesan daripada bentuk pendidikan. Sebelum kedatangan Islam,
terdapat dua bentuk pendidikan, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.
Pendidikan tidak formal dijalankan di kalangan rakyat jelata. Institusi keluarga memainkan
peranan mendidik anak-anak tentang nilai budaya, adat istiadat , pantang larang, dan
kemahiran dam pertukangan . Pendidikan formal hanya untuk golongan bangsawan dan
kerabat diraja. Pendidikan formal dijalankan di istana dan Kraton.
Bentuk pendidikan juga mengalami perubahan selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan
Islam, pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Pada
peringkat awal, kanak-kanak mendapat pendidikan secara tidak formal di rumah.
Pendidikan formal dijalankan di rumah-rumah ulama, masjid, madrasah atau pondok dan
istana. Institusi pendidikan formal mempunyai kurikulum , buku teks, guru serta jadual
pembelajaran yang terancang.
5. Tenaga pengajar
Perbezaan juga jelas dari segi tenaga pengajar . Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan
dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha. Pendeta-pendeta Brahmin memainkan peranan
sebagai guru yang mengajar anak-anak golongan bangsawan dan kerabat raja. Golongan
pendeta Brahmin mengajar anak bangsawan dan kerabat diraja di istana dan kraton.
Sementara itu, guru-guru di institusi pengajian Buddha pula terdiri daripadaa rahib- rahib
Buddha. Antara rahib-rahib Buddha yang terkenal di Alam Melayu khususnya di Srivijaya ialah
Dharmapala, Vajrabodhi dan Amoghavajra.
Selepas kedatangan Islam, tenaga pengajar terdiri danpada ulama yang mempunyai
kedudukan tinggi dalam masyarakat. Guru-guru agama atau ulama mendapat naungan
daripada sultan dan bertindak sebagal penasihat kepada sultan. Dalam pada itu, guru- guru
yang mengajar di madrasah dikenali sebagai Teungku Meunasah. Guru- guru dibantu oleh
SULIT
31 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
murid-murid yang lebih pintar di kenali sebagai sida. Guru-guru yang mengajar di sekolah
pondok terdiri daripada ulama yang menerima pendidikan di Makkah. Guru-guru ini tidak
menerima bayaran tetapi sebaliknya mendapat bayaran zakat atau sedekah daripada orang
ramai.
Penutup (2 markah)
Kesimpulannya, jelas ternyata sistem pendidikan di Alam Melayu dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu zaman sebelum kedatangan Islam dan zaman selepas kedatangan Islam.
Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan dimonopoli oleh golongan atasan iaitu
golongan bangsawan dan kerabat diraja. Pada zaman ini pendidikan berteraskan pengajian
agama Hindu dan Buddha. Selepas kedatangan Islam, berlaku perubahan besar dalam sistem
pendidikan di Alam Melayu ekoran daripada kemunculan institusi pendidikan dan kurikulum
yang terancang. Perkembangan ini melahirkan revolusi intelektual di Alam Melayu dan
menyaksikan kemunculan golongan cendekiawan dalam pelbagai lapangan ilmu.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
32 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
14. Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktorfaktor
yang membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.
1. Pendahuluan (3 markah)
a. Rasulullah s.a.w. telah berjaya menyatukan umat Islam menerusi semangat
persaudaraan Islam.
b. Kemunculan pelbagai mazhab pula berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Ali
B. Abu Talib.
c. Walaupun berbeza pemikiran, tetapi dari segi akidah pelbagai mazhab masih
memperlihatkan persamaan.
d. Kesan positif kelahiran mazhab ialah timbulnya pelbagai idea dan intepretasi baru
tentang isu-isu agama yang membolehkan umat Islam beramal dengan mudah
dengan wujudnya ruang-ruang yang lebih luas menerusi ijtihad para ulamak.
e. Kesan negatifnya ialah apabila penganut mazhab terlalu taksub sehingga
menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
2. Isi-isi Jawapan
2.1. Sejarah Kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam (3 markah x 5 isi = 15 markah)
a. Aliran Khawarij
a. Mereka juga digelar sebagai al-Hururiyah, al-Muhakkimah dan al-Shirat. Aliran ini
lahir pada 37H iaitu berikutan peristiwa Majlis Thakim yang dibentuk untuk
menyelesaikan Perang Siffin.
b. Pendokong aliran ini asalnya ialah pengikut Khalifah Ali yang kemudian bertindak
beramai-ramai keluar dari menyokong Khalifah Ali berikutan tindakan Khalifah Ali
menerima cadangan damai yang dianjurkan oleh pihak Muawiyah bin Abu Sufian
sebagai langkah untuk menamatkan Perang Siffin. Mereka juga telah
mengkafirkan Khalifah Ali. Pada 38H puak ini telah bertempur dengan tentera
Khalifah Ali di Nahrawan.
c. Keanggotaannya terdiri daripada pelbagai suku kaum Arab Badwi.
d. Pegangan aliran ini dari segi politik ialah menyokong kepimpinan Khalifah A.
Bakar, Umar dan pada peringkat awal pemerintahan Khalifah Usman. Namun
mereka tidak bersetuju dengan penerusan pemerintahan dari kalangan Quraisy
sebaliknya menganjurkan supaya perlantikan Khalifah dilakukan secara bebas dan
tidak terhad kepada kaum Qursisy.
e. Dari segi akidah mereka berpendapat imam bukan hanya merupakan pengakuan
lisan dan hati tetapi mesti disertai dengan amal ibadat.
SULIT
33 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
b. Aliran Syiah
i. Perkataan Siah berasal dri bahasa Arab bermaksud ¡¥puak¡¦ atau ¡¥sekumpulan manusia
dari satu puak.
ii. Aliran ini lahir berikutan kemunculan puak khawarij pada 37H. Aliran ini mendokong
cita-cita ke arah pendewaan ke atas keluarga Ali Bin Abu Talib yang berketurunan
Rasulullah s.a.w. atau Ahl al-Bait.
iii. Pada peringkat awalnya aliran ini berbau politik dan mereka bercita-cita untuk
mengekalkan status-quo mereka di Iraq. Justeru itu pada peringkat awalnya tidak ada
seorang pun pemimpin mereka dari kalangan keluarga Syaidina Ali. Disebabkan pusat
gerakannya di Parsi maka gerakan ini dipengaruhi kebudayaan dan kepercayaan
Parsi.
iv. Apabila Mukhtar bin Ubaid al-Thaqafi yang menggunakan nama Muhamad al-Hanafiah
dan mendakwa sebagai anak Syaidina Ali dari isterinya yang berasal dari suku
Hanafiah dilantik sebagai pemimpin gerakan Syiah pada 64H, perubahan perjuangan
Syiah mula berlaku iaitu apabila Mukhtar telah memasukkan pelbagai teori bidaah,
fahaman dan penyelewengan dalam ajaran Syiah.
v. Puak Syiah kemudian berpecah kepada 3 aliran utama iaitu Ismailyiah, Imamiyah dan
Zaidiya.
c. Aliran Murjiah
a. Murji¡¦ah berasal dari kata irja¡¦ yang bererti tangguh. Ia merupakan aliran yang lebih
sederhana dan liberal. Kemunculannya adalah sebagai reaksi daripada
kemunculan Khawarij dan Syiah. Mereka mengambil sikap tidak memihak kepada
mana-mana sikap ekstrim Khawarij dan Syiah. Oleh itu mereka mengambil sikap
berkecuali dalam apa juga pertelingkahan atau perang saudara Islam.
b. Aliran ini dikatakan muncul berikutan peristiwa pembunuhan Khalifah Usman Affan
dan perlantikan Ali Bin Abu Talib.
c. Pengasas aliran ini ialah Yunus bin Awn al-Numairi.
d. Pegangan aliran ini ialah menyerahkan segala perbuatan di dunia kepada
pengadilan Allah di hari akhirat. Mereka tidak berani menghukum sesuatu tetapi
menangguhkannya di akhiat. Bagi mereka iman ialah mengenai Allah dan
mengesakannya melalui lidah dan hati. Seseorang itu dianggap mukmin setelah
mengenai Allah. Sebarang dosa yang dilakukan tidak akan memberi kesan kepada
iman seseorang. Pengadilan bagi orang yang berdosa tidak dilakukan di dunia,
sebaliknya akan dilakukan di akhirat kelak.
e. Perkembangan pemikiran akhirnya menyababkan aliran ini berpecah kepada
beberapa kumpulan iaitu kumpulan Murjiah Qadariah (kebebasan manusia),
Murjiah Jabariah (kekuasaan Allah ke atas manusia) dan golongan Murjiah ketiga
tidak menyebelahi mana-mana Qadariah atau Jabariah, sebaliknya mengatakan
bahawa iman adalah sesuatu yang unggul dan tetap sebelum manusia melakukan
sesuatu.
d. Aliran Muktazillah
a. Pertentangan antara Murjiah Qadariah dan Murjiah Jabariah telah menyebabkan
munculnya golongan Muktazillah. Muktazillah bererti orang yang mengasingkan
diri iaitu sempenan tindakan pengasasnya (Wasil Bin ¡¦Ata¡¦ yang telah bertindak
keluar dari menyetujui pendapat gurunya Hassan al-Basri.
b. Aliran ini wujud pada 120H iaitu pada zaman terakhir pemerintahan Bani Umaiyah.
c. Kaum Muktazillah sering dianggap sebagai golongan rasionalis kerana dasar
pemikiran mereka yang lebih mengutamakan akal fikiran dari al-Quran dan Hadis,
SULIT
34 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
walaupun terhadap perkara-perkara yang berkaitan hukum dan akidah. Pada
mereka apa sahaja yang difikirkan logik dan benar mengikut ukuran akal maka
itulah yang benar. Justeru itu mereka tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj
serta seksa kubur.
d. Keghairahan penggunaan akal sebagai nas adalah berpunca dari pengaruh
falsafah dan pemikiran Yunani berikutan kemasukan ilmu pengetahuan luar dalam
kerajaan Islam.
e. Kemuncak pengaruh aliran ini ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Makmum, al-Mu¡¦tazim dan al-Wathiq (Kerajaan Bani Abbasiyah) (198-232H),
kerana pada tempoh tersebut aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani
amat giat dilakukan. Kegiatan ini asalnya untuk tujuan perkembangan ilmu, namun
akhirnya telah menpengaruhi pemikiran mereka. Ketiga-tiga orang khalifah
tersebut dikatakan antara penyokong kuat aliran Muktazillah ini, bahkan telah
dijadikan mazhab negara.
e. Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah
a. Aliran ini lahir pada abadd ke-3H iaitu sebagai reaksi kepada ajaran Muktazillah
yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Ia merupakan aliran
pemikiran Islam yang terakhir muncul pada zaman tradisi Islam dan juga
merupakan aliran pemikiran paling lengkap.
b. Aliran ini merupakan gabungan antara Ahl al-Ra¡¦y (golongan yang menggunakan
akal fikiran yang kebanyakannya berada di Iraq ) dan Ahl al-Hadith (golongan yang
banyak menggunakan Hadith yang kebanyakannya berada di Madinah).
Bagaimanapun kedua-dua golongan ini lebih banyak menggunakan Hadith dalam
menentukan sesuatu hukum.Disebabkan itu mereka digelar Ahl al-Sunnah yang
bererti pembela sunnah Rasulullah s.a.w.
c. Usaha membela Sunnah Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah dilakukan oleh para
sahabat yang kemudian diikuti oleh para pengikut mereka (tabi¡¦in). Antara mereka
ialah Abu Hanifah (pelopor ahl al-ra¡¦y) dan Ahmad bin Hanbal (pelopor ahl alhadith).
Ketika itu masih belum disebut Ahl Sunnah wal-al-Jamaah. Tetapi setelah
wujudnya pelbagai aliran seperti dinyatakan di atas, maka kumpulan ini dikenali
sebagai Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah.
d. Antara pemimpin aliran ini seperti Abu Hassan al-Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi,
Imam al-Ghazali dll.
2.2. Faktor-faktor kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam (2m x 3 isi = 6m)
a. Kefahaman dan tafsiran yang berbeza mengenai ayat-ayat al-Quran.
i. Ia disebabkan oleh perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan
pengalaman mereka.
ii. Tidak semua umat Islam hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. dan
tidak semua mendengar hadis daripada baginda.
iii. Perbezaan pendapat lebih ketara apabila mereka semakin jauh dengan
zaman Rasulullah s.a.w.
b. Pengaruh politik semasa
i. Pada akhir pemerintahan Khalifah Usman bin Affan telah berlaku
pergeseran politik antara penyokong Khalifah Usman dengan golongan
penentang yang kemudian melantik Khalifah Ali setelah Khalifah Usman
terbunuh.
SULIT
35 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
ii. Sewaktu pemerintahan Khalifah Ali telah timbul gerakan-gerakan untuk
menuntut bela di atas kematian Khalifah Usman. Sesetengah gerakan
tersebut lebih berbau politik dan semangat assabiyah.
iii. Ekoran pergeseran politik inilah lahirnya golongan Khawarij dan Syiah.
c. Pengaruh kebudayaan dan pengaruh asing
i. Pengaruh Yunani, Rom dan Parsi telah melahirkan aliran Murji¡¦ah dan
Muktazillah.
ii. Reaksinya telah melahirkan golongan Ahl Sunnah wal-Jamaah.
3. Penutup (1 markah)
Ketaksuban umat Islam terhadap mazhab-mazhab pegangan mereka telah membawa
kepada perbalahan dan perpecahan umat Islam. Ini dibuktikan sewaktu pemerintahan kerajaan
Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah yang telah memerangi mazhab-mazhab yang berbeza
pegangannya dengan pihak pemerintah.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;;
15. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan
Barat pada abad ke- 15- 16 Masehi.
PENDAHULUAN (3m)
a. Kamus Dewan mentakrifkan penjelajahan sebagai mengelilingi atau berjalan ke merata
tempat atau daerah untuk sesuatu tujuan, sementara penerokaan pula didefinasikan
sebagai perihal perbuatan menyelidiki, menjelajah dan mengharungi.
b. Penjelajahan dan penerokaan telah berlaku sejak sebelum wujudnya tamadun awal
manusia. Namun aktiviti ini dalam bentuk yang tidak teratur dan tidak langsung. Ketika itu
matlamat penjelajahan dan penerokaan manusia lebih bermatlamatkan kegiatan mencari
rezeki dan membuka petempatan. Penjelajahan dan penerokaan yang teratur dan hanya
bermula setelah wujudnya tamadun awal manusia.
c. Bagi masyarakat Eropah kegiatan ini dimulakan oleh orang Yunani dan Rom. Bermula abad
13M negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Portugis, British dan Belanda telah
menghantar ekspedisi-ekspedisi penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar khususnya
benua Amerika dan Asia. Antara penjelajah-penjelajah itu seperti Marco Polo (dari Venice
:1254 ¡V 1324M), Christopher Colombus (Sepanyol:1451- 1494M), Vasco da Gama
(Portugal: 1469 ¡V 1494M) dll.
d. Konsep 3G (gospel, glory dan gold) menjadi pendorong utama penjelajahan bangsa-bangsa
Eropah.
e. Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan dan penerokaan amat digalakkan. Banyak ayat al-
Quran yang menyeru supaya umat Islam menjelajah ke seluruh bumi Allah s.w.t.
f. Tokoh-tokoh penjelajah Islam seperti Ibnu Batutha, Al- Masudi dan Al-Majid.
SULIT
36 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
ISI-ISI JAWAPAN (5 markah x 4 isi = 20 markah)
1. Perbandingan dari aspek matlamat keagamaan.
a. Matlamat keagamaan Penerokaan / Penjelajahan Eropah
- Memperluaskan perkembangan agama Kristian. Akibat kekalahan Eropah dalam Perang
Salib (1097 ¡V 1292M) mendorong mereka untuk memperluaskan penyebaran Kristian
bagi menyaingi perluasan penyebaran Islam. Para penjelajah turut membawa mubalighmubaligh
Kristian sehingga akhirnya Kristian tersebar ke Amerika, Afrika dan Asia.
b. Matlamat keagamaan Penerokaan / Penjelajahan Islam
- Mengagungkan serta membesarkan Allah s.w.t. Matlamat ini dapat dicapai setelah
manusia memerhati segala ciptaan Allah.
- Menambahkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah s.w.t. Matlamat ini juga dapat
dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah.
- Dorongan al-Quran: Firman Allah yang bermaksud `Katakanlah berjalan di muka bumi,
maka perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t menciptakan (manusia) dari permulaannya,
kemudian Allah s.w.t menjadikannya sekali lagi¡¦.
- Menyebarkan dakwah Islamiah. Matlamat ini juga merupakan matlamat penting dalam
penjelajahan dan penerokaan Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda telah
menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman untuk berdakwah di sana. Begitu juga Khalifah
Umar al-Khattab, umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom dan China untuk
menyebarkan Islam.
2. Perbandingan dari aspek matlamat politik.
a. Matlamat politik Penerokaan / Penjelajahan Eropah
- Meluaskan pemerintahan. Contohnya kedatangan British ke Afrika, India dan Tanah
Melayu adalah untuk menegakkan dan meluaskan kekuatan dan empayar masingmasing
agar ia disegani dan ditakuti serta dihormati oleh negara-negara lain seperti
Portugis dan Belanda.
- Dorongan pemerintah ¡V contohnya Raja Henry (Sepanyol) yang menggalakkan
pengembaranya melakukan penjelajahan.
- Mendapatkan kuasa di wilayah baru ¡V membentuk kolonialisme di wilayah yang ditakluki
(penjajahan)
b. Matlamat politik Penerokaan / Penjelajahan Islam
- Memperkukuhkan politik Islam. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini banyak
dilakukan oleh umat Islam semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan
al-Walid bin Abd Malik sehingga Islam akhirnya berjaya menguasai Sepanyol.
3. Perbandingan dari aspek matlamat ekonomi
a. Matlamat ekonomi Penerokaan / Penjelajahan Eropah
- Menegakkan kedudukan dan menstabilkan ekonomi negara. Apabila negara-negara
Eropah berjaya menguasai sesebuah negera lain maka kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan negeri tersebut. Jika mereka dapat pula menjajah negara tersebut
maka segala sumber ekonomi negara tersebut turut dikuasai. Umpamanya British
berjaya menguasai sumber galian bijih timah di T.Melayu sementara Belanda
menguasai sumber rempah di Indonesia.
- Persaingan antara pedagang Islam dan Eropah menyebabkan mereka datang sendiri ke
Timur terutamanya Nusantara yang membekalkan perdagangan rempah utama ketika
SULIT
37 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
itu. Mereka ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah di kalangan para
pedagang Islam dan seterusnya menguasainya.
b. Matlamat ekonomi Penerokaan / Penjelajahan Islam
- Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Di samping itu umat
Islam juga dapat memperkenalkan kaedah perniagaan Islam yang berdasarkan konsep
keadilan dan kejujuran.
4. Perbandingan dari aspek ilmu pengetahuan
a. Matlamat ilmu pengetahuan Penerokaan / Penjelajahan Eropah
- Ia didorong oleh semangat inquiri:
- Mengkaji dan menilai perkembangan tamadun di kawasan baru seperti di Asia dan
Amerika.
- Mempertingkatkan ilmu pelayaran seperti penggunaan kompas, arah tiupan angin,
ilmu bintang dll.
- Mengesan laluan-laluan perdagangan terutama ke timur (Asia) bagi menjalin
hubungan dagang.
b. Matlamat ilmu pengetahuan Penerokaan / Penjelajahan Islam
- Perasaan inquiri ( ingin tahu ) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari
petempatan mereka.
- umat Islam mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah.
Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang.
- Mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti penjelajahan terutama yang berkaitan
dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu .
PENUTUP (2m)
Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah telah menyebabkan banyak kerajaan di
Amerika, Afrika dan Asia dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah dan kekayaan buminya dibawa ke
Eropah.
Aktiviti penjelajahan dan penerokaan Islam telah memberikan nafas baru dalam proses
perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi
masyarakat Islam.
-Apa sahaja yang berkaitan.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SULIT
38 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
16. Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.
Pendahuluan (3 markah)
a. Masyarakat bertamadun merupakan masyarakat yang mengalami suatu peningkatan
cara kehidupan daripada peringkat perkampungan kepada peringkat bandar.
b. Sebelum wujudnya tamadun, manusia melalui satu proses kehidupan primitif yang
panjang. Tahap-tahap ini dibahagikan masanya kepada tiga peringkat iaitu masyarakat
paleolitik, mesolitik dan neolitik.
c. Kebangkitan tamadun manusia bermula apabila berlakunya revolusi pertanian pada
zaman neolitik. Ekoran itu berlakulah juga beberapa perubahan lain seperti perubahan
petempatan, wujudnya inovasi sains dan teknologi, pengkhususan kerja dan
sebagainya.
d. Pengertian tamadun mengikut perspektif Barat:
e. Pengertian tamadun mengikut perspektif Islam:
Isi-isi Jawapan:
Asas-asas pembinaan tamadun mengikut perspektif Barat: ( 5 isi x 2 m =10 m)
a. Wujud sistem pentadbiran atau institusi politik (terutamanya wujud negara kota). Kewujudan
sistem pemerintahan bermula apabila petempatan masyarakt neolitik berkembang menjadi
bandar yang seterusnya mewujudkan pula negara kota. Pada peringkat ini keperluan
organisasi pemerintahan semakin kompleks.
b. Kemajuan ekonomi: Kemajuan ekonomi masyarakat berkembang dari berorientasikan
sumber alam sahaja kepada penghasilan sumber makanan sendiri. Sistem ekonomi yang
teratur, penggunaan sistem barter dalam perdagangan, jalinan perdagangan antarabangsa
telah membantu perkembangan ekonomi.
c. Kemajuan struktur sosial: Perkembangan bandar melahirkan masyarakat yang mempunyai
organisasi tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu masyarakat yang tersusun
dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat.
d. Wujudnya keparcayaan kepada kuasa ghaib: Agama dan kepercayaan mempengaruhi
perkembangan kesenian, kesusasteraan, politik, ekonomi dan sosial manusia. Pembinaan
piramid di Mesir dan Ziggurat di Mesopotamia jelas menunjukkan kewujudan kepercayaan
dan agama tamadun awal manusia.
e. Ciptaan sistem tulisan.: Sistem tulisan diwujudkan untuk menjadi alat menyampaikan idea
dan pengalaman, merekodkan aktiviti perdagangan, menjalin hubungan serantau, mencatat
rekod-rekod pentadbiran, merekod upacara-upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil.
f. Kemajuan sains dan teknologi ¡V Ciptaan-ciptaan baru telah dihasilkan seperti roda, kapal,
peralatan pertanian, penemuan-penemuan sains seperti astronomi dan matematik dan
SULIT
39 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
sebagainya. Kemajuan-kemajuan ini telah meninggikan pengetahuan manusia dan
menghasilkan lebih banyak ciptaan yang berasaskan sains dan teknologi.
g. Pengkhususan pekerjaan : Kemajuan dalam pelbagai teknik baru dan perkembangan
kegiatan ekonomi membawa kepada pengkhususan kerja dalam masyarakat yang
mengalami urbanisasi. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidangbidang-
bidang tertentu lalu membawa pembentukan masyarakat bertamadun.
h. Petempatan kekal : Petempatan tertumpu di kawasan berhampiran dengan sungai atau
lembah-lembah yang subur dan sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi. Petempatan ini
menjadi asas kepada pembentukan tamadun-tamadun terawal di dunia iaitu Tamadun
Mesopotamia di Lembah sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di lembah sungai Nil,
tamadun Indus di Lembah sungai Indus dan Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang
Ho.
i. Perkembangan bandar dan perbandaran: Proses perbandaran yang berlaku di sesebuah
petempatan kekal telah membawa kepada kemunculan bandar dan negara kota. Bandarbandar
memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, pusat kegiatan ekonomi, pusat
ibadat dan lain-lain lagi. Bandar-bandar tamadun awal seperti Ur, Erech, Kish di lembah
Tigris- Eupharates serta Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus.
j. Sistem perhubungan ¡V perkembangan ini banyak didorong oleh kejayaan mencipta roda
untuk memudahkan pengangkutan di samping kejayaan mencipta layar bagi pengangkutan
air. Dengan kejayaan ciptaan perhubungan ini membolehkan masyarakat berhubung
dengan dunia luar.
k. Pemakaian undang-undang ¡V Undang-undang yang menekankan perikemanusiaan dan hak
individu telah menjadi asas bagi perkembangan sesebuah tamadun. Kod Hamurabi yang
menjadi undang-undang Mesopotamia telah diteladani oleh tamadun-tamadun lain. Dengan
adanya sistem perundangan ini, jaminan keadilan sosial manusia dan keamanan dapat
diwujudkan.
l. Seni bina - Kejayaan seni bina juga merupakan asas dan ciri-ciri sesebuah tamadun.
Kejayaan dalam bidang ini memperlihatkan tahap ketinggian intelektual sesebuah tamadun.
Binaan piramid, Ziggurat dan monumen-monumen lain memperlihatkan ketinggian teknologi
tamdun berkenaan.
Asas pembentukan tamadun menurut Islam( 5 isi x 2m =10 m)
a. Aqidah : Islam dianggap berjaya membina tamadun yang tinggi berasaskan hubungan
manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitar termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Aqidah adalah nilai kepercayaan yang
membentuk dan mengawal masyarakat Islam dalam pembinaan tamadun sejak zaman
Nabi Adam a.s lagi.
b. Akhlak : Islam sangat mementingkan akhlak kerana merupaka suatu nilai yang membawa
kemajuan ummah. Nilai akhlak sudah ditanamkan oleh Allah s.w.t dalam jiwa manusia
sejak zaman Nabi Adam a.s lagi dan begitu juga dalam pembinaan tamadun Islam pada
SULIT
40 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat ¡V JPN Johor
zaman Nabi Muhammad saw. Ahmad Syauqi berkata sesungguhnya sesuatu umat akan
kekal sekiranya akhlaknya kekal. Sebaliknya sekiranya hancur akhlak sesuatu umat itu,
maka umat itu sendiri akan hancur binasa. Dalam pembinaan tamadun Islam mereka mahu
melahirkan golongan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi
tetapi mempunyai nilai-nilai akhlak yang mulia.
c. Ilmu pengetahuan : Merupakan asas pembinaan tamadun Islam. Al Quran amat
menekankan asas ilmu pengetahuan iaitu membaca dan menulis. Daripada ilmu
pengetahuan akan melahirkan masyarakat bertamadun.
d. Keadilan : Dalam Islam konsep keadilan ditekankan dalam pembinaan tamadun kepada
seluruh manusia dalam semua keadaan. Al Quran dengan tegas telah menggesa para
pemerintah melakukan keadilan seperti dalam Surah An Nisa.
e. Semangat kejiranan : . Hubungan sesama manusia meliputi semua bidang termasuk
politik, ekonomi,dan sosial. Dalam menjalin hubungan sesama manusia, setiap individu
diwajibkan mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannNya untuk
membentuk keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Justeru itu perlunya kerjasama,
perpaduan dan tolong-menolong sesama manusia demi mencapai matlamat kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat..
f. Kebebasan : Islam memberi kebebasan kepada manusia agar dapat melaksanakan
segala urusan kehidupan yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan
sebagainya selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kebebasan yang dimaksudkan
ialah kebebasan bergerak, kebebasan bersuara dan mengeluarkan buah fikiran dan
kebebasan beragama.
g. Perkara-perkara yang menjadi asas tamadun barat juga ada ditekankan dalam tamadun
Islam tetapi ia tidak menjadi perkara pokok atau utama dalam membina tamadun.
Penutup:(2 markah)
- Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat. Kejayaan-kejayaan
yang dicapai oleh masyarakat tamadun awal terus diwarisi oleh masyarakat.
- Pembinaan tamadun barat berasaskan kemajuan fizikal dan kebendaan manakala
pembinaan tamadun Islam berasaskan pembangunan manusia yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah swt.

0 ulasan:

By :
Free Blog Templates